TIPS ATASI JERAGAT.

Assalamualaikum sahabat, apa khabar ni? mesti uooolllss sekarang ni tengah risau kan dengan masalah jeragat. Wanita 35 tahun ke atas ramai dah di datangi jeragat, tetapi kalau tak jaga ,dan biarkan ia akan lebih banyak membiak.

Tie kan sebenarnya tak lari juga daripada masalah sama macam korang, ini kerana sebelum ni, Tie kurang ambik cakna tentang penjagaan muka, kalau keluar rumah tu kan, keluar ‘bogel’ orang kata, terus keluar , maksud dia langsung tak pakai tinted muka.

Dan waktu tersebut, Tie pakai skincare berjenama juga, tetapi beliau hanya cadangkan pakai foundation yang ada Spf30 sahaja, cuaca Malaysia tak sesuai rupanya spf30 ni. Tertiba keluar satu jeragat. Dan nasib baiklah Tie sedar awal, dan terus tukar kepada Skincare Youth daripada Shaklee sendiri yang lengkap dengan tinted muka spf50.

Kalau Tie biarkan jeragat tu kan, mesti sekarang ni, tengah membiak dan makin banyak. Tetapi alhamdulillah, Tie terus apply apa yang Shaklee cadangkan untuk masalah jeragat. So Tie terselamat, hehehe. Mesti uuoollss tension kan tengok jeragat tu makin banyak?

Jeragat ni kebiasaanya tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka kita seperti dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar mulut, macam Tie naik di pipi seketul. Gambar di atas tu, dah 3 tahun tau selepas Tie sedar kemunculannya. Ni kalau biarkan harus dah besar duit siling 50 sen kan? nauzubillah.

PUNCA-PUNCA JERAGAT BERLAKU ADALAH SEPERTI BERIKUT;

  1. Terdedah kepada sinaran matahari.

Sinaran matahari ni ataupun kita lebih kenali dengan panggilan sinaran UV adalah makanan tau kepada jeragat. Apabila kita kerap membiarkan kulit kita terkena dengan sinaran Uv ni seperti kita membiarkan jeragat-jeragat itu membesar ataupun beranak pinak, pemurah kan kita? hehehe

Sinaran UV ni ada 3 jenis tau,

  • Ultraviolet A- cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam matahari, ia mampu menembusi lapisan kulit atas dengan mudah. Cahaya UV A akan menyebabkan kerosakkan kepada tisu-tisu penyambung seterusnya menyebabkan masalah kulit iaitu jeragat, kalau yang lebih teruk adalah kanser kulit. Nauzubillah.

  • Ultraviolet B -Cahaya ini berkurangan daripada UV A kerana, sinaran ini sudah diserap oleh lapisan ozon kita. Cahaya UV B ini hanya akan menyebabkan kulit kita terbakar ataupun sunburn.

  • ultraviolet C – Cahaya ini paling bahaya daripada semua sinaran UV , tetapi jangan risau, cahaya ini sudah di serap oleh lapisan ozon kita.

Dan zaman moden ini sekaraang ni, kita juga telah mendedahkan kulit muka kita kepada sinaran biru yang lebih kurang sama jahatnya dengan sinaran UV, sebab itu jugalah setiap hari walaupun kita berkurung jer dalam rumah, jeragat tu tetap membiak.

Sinaran biru ni daripada gajet-gajet moden yang kita kerap gunakan. walaupun ia tidaklah membawa kepada kanser kulit, tetapi sinaran biru ini akan menjadi salah satu makanan kepada jeragat untuk terus keluar, sinaran biru ia akan menyebabkan peningkatan pigmen ataupun melamin yang membawa masalah kulit.

2. Perubahan hormon/ rawatan hormon.

Kebiasaannya, wanita yang mengelami kecelaruan hormon lebih banyak di naikki jeragat, ataupun wanita yang mengambil pil perancang yang mana mengganggu hormon, lebih banyak akan keluar jeragat jika tiada sejarah dalam keluarga yang mempunyai masalah jeragat.

Juga perempuan hamil yang mana hormon tak stabil juga akan keluar jeragat di wajahnya. Macam Tie pregnant anak sulong, penuh jeragat kecik kat muka, alhamdulillah konsisten ambik protein jeragat tu hilang.

3. Penggunaan kosmetik

Penggunaan kosmetik yang tak sesuai dengan kulit juga penyebab berlakunya kenaikkan jeragat di bahagia muka seseorang. Bahan-bahan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan terlarang lagi cepat kita membantu jeragat tu bermaharajalela tau, hati-hati lah dengan pemilihan kosmetik, sebab itu , Ti hanya percaya kan skincare Youth daripada Shaklee sahaja,huhu, yerlah, 6 tahun tau di kaji pada manusia barulah berjaya di keluarkan. Macamana tak sayang kan?

4 . Faktor keturunan.

Jikalau dalam keluarga, mak kita ada masalah jeragat yang terjadi dari faktor genetik, kita memang susah nak lari daripada masalah ini.

Dibawah adalah beberapa helper yang boleh membantu kita untuk kurangkan jeragat ataupun untuk elakkan jeragat daripada membiak;

VITAMIN C – kalau pergi ke klinik kulit, vitamin pertama yang Doc akan cadangkan adalah Vitamin C, Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh badan, kena ambik daripada luar seperti vitamin, Pengambilan Vitamin C akan memyokong pengeluaran Kolagen dalam badan kita tau, badan boleh hasilkan kolagen, tetapi apabila kita dah berumur 35 tahun ke atas, kolagen dah makin berkurang dan lambat pengeluaran nya,

Masalah jeragat ni kebiasaan nya ramai wanita alami, waktu usia 35 tahun hingga 40 tahun ke atas. Kolagen yang mecukupi sangat diperlukan saat ini , kerana ia akan membantu mengurangkan pigmentasi /jeragat, memperbaiki tona kulit sekaligus menangani masalah jeragat.

Dalam Shaklee kita ada Vitamin C yang sangat power, dan kita juga ada Collagen yang sangat cepat penyerapannya kepada kulit. Nak tahu lebih lanjut pasal keduanya ini,. Terus tekan no watsap Tie kat bawah sekali tau.

VITAMIN E – Juga dikenali sebagai vitamin awet muda, ia juga membantu dalam menstabilkan hormon bagi yang ada masalah hormon dan juga membantu dalam penyeimbangkan pengeluaran miyak di muka.

Vitamin E adalah sejenis vitamin yang terbaik untuk mengatasi masalah jeragat. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin E mampu menghalang sel-sel rosak sebanyak 57%. Vitamin e akan membantu meneutralkan kesan sinaar UV yang merosakkan kulit.

Sel-Sel kita rosak dan pembentukkan jeragat kerana di serang oleh radikal bebas, sinaran UV adalah salah satu radikal bebas yang kita nak elakkan daripada terkena direct kepada kulit, kerana ia akan menyebabkan pertahan sel-sel kulit kita menjadi lemah.

Vitamin E juga antara golongan vitamin yang tinggi antioksidan yang akaan membantu ataupun helper dalam badan kita untuk melawan radikal bebas yang kita dapat daripada sinaran UV.

Keluarnya jeragat pada seseoraang, itu menunjukkan penuaan sudah berlaku, kolagen dah makin berkuraangan, dan Vitamin E adalah salah satu vitamin yang membantu memelihara sel-sel kulit kita dan melambatkan penuaan sel. Ia bukan sahaja mengurangkanbintik-binti hitam malahan akan membantu dalam mengurangkan kedut, garis halus ,parut dan masalah kulit yang lain.

Berita menariknya pada bulan ni Sempena kempen jagalah jantung anda, Shaklee bagi offer untuk Vitamin E , so cepat grab sementara dapaat harga yang sangat berbaloi ini.

Vitamin E Shaklee yang tinggi antioksidan membantu melawan radikal bebas yang akan rosakkan kulit muka kita.

PROTEIN – Jeragat kita kategorikan dalam kemusnahan sel-sel sihat. Protein adalah makanan kepada sel- sel dalam badan kita. Untuk membantu mengurangkan pigmentasi yang baru nak muncul ataupun pudarkan warna jeragat tu, kita memerlukan protein yang cukup untuk keperluan sel.

Walaupun setiap hari kita ambik protein, Protein yang kita ambik kebiasaanya dalam real food kita panggil protein musnah. Kerana protein akan mati dalam suhu melebihi 40 darjah celcius, mustahil untuk kita gunkan api perlahan untuk masak sebaraang protein berasaskan haiwan.

Tahukah anda?
Sel kulit baby renew baru selang 14 hari, manakala
apabila umur dah masuk 20 an, sel-sel baru akan direnew baru selang 28 hari.
30 an tahun keatas, sel-sel ni di renew dah makin lambat, selang 56 hari.
Umur 50 an ke atas tak ada dah renew baru, kalau ada parut ia akan kekal di situ, kalau ada jeragat, ia susah nak hilang dan keberangkalian untuk kekal di situ lebih tinggi.

Awak umur berapa sekarang ni? Tie yakin, sekarang yang tengah baca mesti berumur 35an tahun dan dah cecah 40 tahun belum cecah 50 an. So anda belum terlambat tau untuk membaantu kulit kita lebih sihat dan cantik bebas daripada jeragat dan parut.

Dalam Shaklee, kita ada Energy Soy Protein yang mana pior protein yang kitaa boleh salurkan makanan kepada sel-sel badan kita untuk membantu percepatkan proses renew sel-sel baru. Protein yang cukup di ambil mengikut keperluaan badan kita, akan memberi kesan positif dengan lebih cepat dan memberansangkan.

Yang terakhir jangan lupa dengan tinted muka kita, Dalam Shaklee kita ada SPF50 yang mana ia bersifat broad spectrum, yang mana ia tidak melindungi area luaran sahaja tetapi ia akaan melindungi kulit kita hingga ke dermis kulit, kulit bahagian paling dalam.

Lagi beruntung dalam SPF50 ini juga di ekstrak daripada muscadine grape yang mana ia kaya dengan polifenol. Polifenol ni Tie ada cerita di entry sebelum ni, jemputlah baca kat sini, kalau nak cerita kat sini panjanglah pulak. hehehe. KLIK JER SINI>

Dahla broadspectrum, ia juga melembabkan kulit kita, sebabnya SPF50 ini ada sekali dengan pelembab, mengandungi anti oksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas dari luaran, haa tadi ambik vitamin C dan Vitamin E untuk dalaman, sekarang protect lagi dari luar, beruntung sangat weh, ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Inilah tinted yang Tie maksudkan di atas tadi, sebaab itu, jeragat seketul yang keluar akibat kosmetik yang tak sesuai tu Tie dapat bantutkan pembiakkan nya.

Sampai sini dulu tau, petua hilangkan jeragat daripada Tie.

uoolss jangan lupa tau dapatkan semuanya ini dengan Tie, terus tekan link watsap Tie ni untuk Tie bantu dapaatkan dengan segera. 013-9721859

PENGEDAR SHAKLEE PAKA, DUNGUN, DAN KUALA TERENGGANU.

” INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTARLAH SEBAGAI AHLI SHAKLEE. ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN”

MODAL SERENDAH RM35 SAHAJA

PENGEDAR SELURUH NEGARA DI ALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI DAN ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

FACEBOOK : Ctnatrah Che kamaruddin

instagram : natrah1212

Whatsap : 013-9721859

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *