SURIRUMAH BEKERJAYA

Hai, uoolsss, surirumah bekerjaya ni maksud dia, suri rumah tapi bekerja. HAhaha, kalau sebut jer surirumah semesti tak akan habis kerja lah, kerja rumah yang setiap hari kena hadap dan selsaikan. Kadang-kadang tu, semua kerja setiap hari sama jer.

Apabila sebut Surirumah bekerjaya ni bermaksud ada penambahan kerja lain pula setiap hari, macam Tie, Tie tambah dengan Bisnes dari rumah ataupun nama lain nya, KERJA DARI RUMAH.

Apa yang perlu buat kalau kita dah decide nak KERJA DARI RUMAh. Bukan sesenang yang orang lain nampak tau, bagi Tie kerja dari rumah ni lagi mencabar daripada kerja di opis seperti kebanyakkan orang lain.

PASSION SEBAGAI KERJAYA

Kebanyakkan kesilapan yang Tie perasan lah, buat surirumah yang nak jadikan kerjaya di rumah kan, letakkan kerjaya tu sebagai sampingan. Kalau kita letakkan kerjaya yang kita pilih itu sebagai sampingan, kerja rumah yang banyak, akan buatkan kita give up, dan buat sekerat jalan.

So untuk jadi surirumah bekerjaya kena letakkan apa-apa jua bisnes yang kita pilih tu sebagai passion tetap sebagai kerjaya kita. Nak ke tak nak, kita kena juga usahakan sampai jadi.

BAGI KOMITMEN PADA WAKTU

Maksudnya, setiap hari tu, kita dah ada waktu berapa jam kita nak kena bagi tumpuan untuk bisnes, macam Tie, Tie akan ambik 2 hingga 3 jam sahaja untuk bagi betul-betul komitmen kepada kerjaya yang Tie pilih.

Waktu yang kita pilih tu adalah waktu yang kita rasa sesuai untuk kita. Segala kerja rumah jangan buat lagi, waktu ni kena betul-betul bagi tumpuan sama seperti kita pergi ofis. Yang membezakan kita, ofis dari pagi sampai ke petang, tetapi kita hanya 2-3 jam sahaja.

TO-DO-LIST

Ini amat pentinmg bagi Tie kalau kita ni surirumah, kerja seorang surirumah tersangatlah banyak dan tak akan habis. Kalau dah buat satu kerja, kita mesti akan lupa dah nak kena buat apa seterusnya.

So To-do-list ni sangat-sangat membantu, guide kita buat apa yang penting dahulu, dan selesaikan mana-mana yang kurang penting. Percayalah hidup kita akan rasa teratur, dan ia akan mengelakkan kita daripada stress, stress ni lah yang akan timbulkan perasaan nak GIVE UP.

Macamana nak buat to do list ni?Kita sendiri yang tahu waktu mana waktu yang kita rasa tenang, rasa fresh, rasa banyak idea, haaa buatlah waktu ini, waktu yang kita bagi komitmen untuk kerjaya. Kalau Tie, Tie akan ambik 2-3 jam waktu pagi semasa anak-anak pergi sekolah.

Selepas anak-anak pulang dari sekolah, macam-macam ragam diorang, tak tenang, rasa serabut, masa ni memang susah nak bagi tumpuan, kalau tak tenang ni, rezeki susah nak masuk. itulah yang Tie rasai, so uooolss boleh cari waktu mana korang rasa tenang.

ADA TEMPAT YANG CANTIK.

Tempat yang cantik, tak semestinya nak kena renovate rumah , hehehe, cukuplah sekadar kita ada satu tempat yang kita rasa selesa naak buat kerja. TEmpat tu kita rasa cantik untuk buat content, macam Tie lah, Tie ni suka buat video, So di sesetengan kawasan rumah, Tie akan hias cantik supaya ia menjadi tempat untuk Tie buat video.

Tempatnya tak besar mana pun, tapi rasa selesa dan semua ciri-ciri nak buat video tu ada. Tak perlu modal besar pun, Kalau rasa tak ada tempat yang sesuai, cuba adakan, hias jer sikit bagi nampak ceria.

Perumpamaan nya kita berada di opis sendiri lah, itulah yang akan buatkan kita rasa happy nak teruskan KERJAYA DI RUMAH.

JANGAN JADIKAN ANAK SEBAGAI ALASAN

Majoriti yang Tie jumpa kan, kalau surirumah ia akan jadikan anak sebagai alasan, kalau kita ni dah pilih kerjaya dari rumah, memang kita kena terima hakikat, kita sekarang bekerja dan ada anak-anak bersama. Kita pilih untuk kerja di rumah sebelum ni salah satu asbabnya kerana anak-anak. Janganlah sampai waktu, kita letakkan anak-anak sebagai alasan.

Ramai yang buat keputusan untuk letak anak-anak di Taska. Itu pun bagi Tie ia amat membantu, Tapi kalau tanya Tie, Tie mampu lagi kawal anak-anak. Bisnes online macam bisnes Shaklee , waktu yang sangat fleksibel ni, Tie rasa anak-anak bukan halangan.

To do list yang Tie buat setiap hari tu, Tie ambik waktu anak-anak tidur ataupun anak-anak ke sekolah sebagai waktu yang Tie akan bagi komitmen, waktu anak-anak ada, sebagaai waktu sampingan yang Tie akan selesaikan semua tugasan dalam to-do-list. gituuu

KAWAL EMOSI

Pasal emosi ni, Tie sendiri akui susah nak kawal, hehehe, lagi-lagilah kalau ada anaak-anak di rumah. Sebab itulahwaktu cuti sekolah, Tie tak akan paksa sangat diri untuk bagi tumpuan, ragam anak-anak yang macam-macam tu buatkan Tie rasa tension, Bahaya tau tension, nanti ada perasaan penat untuk teruskan.

Macamana nak kawal, tepuk dada tanya diri sendiri, apa yang buatkan aku rasa tenang, satu jer kunci utama dalam bisnes, nak rezeki masuk, kita kena dalam keadaan mood bertenang. Boleh buat perkara yang kita minat sementara apabila kita rasa stress. Jangan paksa diri tau.

BAHAGI TUGAS RUMAH DENGAN SUAMI

Tie akui, Tie tak mampu nak buat semua kerja rumah seorang diri, Tie perlukan support dan tolong dari suami, Semenjak abang Tie ambik alih tugas lipat kain kan, Tie rasa ringan satu beban, banyak kerja rumah, yang mana Tie tak sempat Abang Tie tolong selesaikan. So kita akan rasa tenang, tak rasa stress sangat, To do list kita mkin berkurang, dan inshaAllah keluarga kita bahagia, anak-anak terjaga, dan kerja dari rumah kita akan sempurna. percaya lah.

REWARD DIRI

Janganlah disebabkan kita kerja sendiri kita tak reward diri sendiri, kena lah belanja kat diri sendiri hasil penat kita setiap hari tau, tak mahal-mahal pun takpaa, taapi ia buatkan kita rasa happy. Itu dah memadai. Tie kadang-kadang hanya spend RM100 sahaja minima untuk diri sendiri, dapat tu pun rasa dah happy snagat. UOOOLLSSS kena buat tau.

Ini jerlah sedikit sebanyak Tips dari Tie sebagai SURIRUMAH BEKERJAYA dan macamana Tie buat KERJA DARI RUMAH. Semoga bermanfaat.

PENGEDAR SHAKLEE PAKA, DUNGUN, DAN KUALA TERENGGANU.

” INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTARLAH SEBAGAI AHLI SHAKLEE. ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN”

MODAL SERENDAH RM35 SAHAJA

PENGEDAR SELURUH NEGARA DI ALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI DAN ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

FACEBOOK : Ctnatrah Che kamaruddin

instagram : natrah1212

Whatsap : 013-9721859

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *