4 LANGKAH MUDAH AMALAN HIDUP SIHAT

Assalamualaikum sahabat, time Tie menulis ni kan pada hari raya Aidiladha yang ke 3, Selamat Hari RAya sahabat.

Baru-baru ni Tie ada baca satu artikel berkenaan penyakit jantung dan kematian dikalangan rakyat Malaysia akibat sakit jantung meningkat setiap tahun. Penyakit jantung juga kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia dengan 18,515 kematian atau 17% daripada kematian di sahkan oleh penyakit tersebut.

Kajian saintifik menjelaskan, pesakit akan menghidap penyakit jantung ni, berpunca daripada gaya hidup yang tak sihat. Pemakanan zaman moden yang pelbagai sekarang ini juga punca kepada penyakit jantung. lain, lain punca adalah daripada MEROKOK, KURANG BERSENAM,STRESS DAN PENGAMBILAN ALKOHOL.

Daripada gaya hidup yang tak sihat inilah akan menyebabkan seseorang akan menghidapi diabetes, hipertensi, berat badan berlebihan, serta tahap kolestrol yang tinggi, ia akan menyumbang kepada pesakit kardiovaskular, yang kita takut itulah, penyebab jantung dan juga kepada masalah stroke.

Sini Tie nak bagi beberapa LANGKAH MUDAH AMALAN YANG KITA BOLEH AMALKAN UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA PENYAKIT yang Tie sebut di atas.

4 LANGKAH MUDAH AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Ramai orang nekad setiap tahun untuk stop daripada gaya hidup tak sihat, kepada gaya hidup yang lebih sihat, tetapi untuk mengubah tabiat yang sudah lama kita amalkan ini akan mengambil masa dan perlukan pengorbanan daripada diri kita sendiri, orang lain tak boleh bantu tau.

Buat secara slowly dan ia tak buatkan ia membebankan diri sendri, inshaAllah, tak akan ada perkataan give up untuk berubah kepada amalan gaya hidup sihat ini. 4 langkah jer Tie kongsikan, inshaAllah ia mudah untuk di amalkan:

  1. KAWAL PEMAKANAN.

Pemakanan ni adalah perkara yang mudahj, tetapi untuk mengubahnya ia sangat mencabar, kita berada di zaman moden yang sangat banyak makanan segera, fast food yang sangt sedap untuk di tinggalkan, boleh makan, tetapi berpada -pada dan beringat. Tinggalkan ia satu bersatu secara slowly supaya badan tak terkejut.

Haramkan beli jajan ataupun makanan segera di rumah, kalau surirumah boleh fikir untuk masak setiap hari menu yang sihat. Pastikan makanan yang di masak tu ada cukup lengkap seperti piramid makanan yang KKM sarankan. Lebihkan sayur dan protein, kurangkan karbohidrat. Beli buah-buahan pelbagai warna dan ambik ia sebagai snack ganti jajan.

Kurangkan pengambilan air manis, air daripada gula putih, kopi, nescafe dan sebagainya. Kalau sebelum ni wajib minum air manis 3 hingga 4 kali sehari, sekarang ni cuba untuk kurangkan jadi 3 sehingga lah boleh tinggalkan, ambik gula putih ni macam ketagih tau, susah nak tinggalkan, dan gula putih ini jugalah seperti racun dalam badan kita, ia akan musnahkan banyak sel-sel badan yang sihat , ini lah punca kepada diabetes, darah tinggi dan kegemukkan.

Pastikan ambik air putih lebih, air putih ni detox semulajdi dan mudah, murah yang kita boleh amalkan. Setiap 25 kg berat seseorang memerlukan 1 liter jer air. Ini untuk orang sihat. Kalau dahaga better ambi air putih kosong daripada ambik air manis bergula.

Mulakan dengan tukar air manis kepada air putih, inshaAllah banyak yang kita boleh tukarkan, amalan gaya hidup sihat ni

2. BANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL

Kebanyakkan pekerja zam sekarang ni banyak duduk daripada bergerak. Pekerjaan sekarang ni banyak menggunakan otak daripada fizikal, jadinya kita sudah kehilangan aktiviti fizikal yang kita buat tanpa sedar.

Sebelum memulakan aktiviti senaman, korang boleh cuba dahulu untuk menjadi aktif dengan 5 cadangan di bawah;

  • Jalan kaki untuk perjalanan yang dekat(bawah 1km)
  • Gunakan tangga berbanding lift
  • Parkir kereta jauh daripada ofis,
  • Regangkan badan selama 10 minit bagi setiap 1 jam
  • Rajinkan buat kerja rumah(menyapu, mengemop)

Untuk buat senaman, pilih senaman yang sesuai dengan badan kita dan jangan drastik, sebelum ni tak pernah jogging , hari pertama kita dah bantai jogging 5 km, esokkan nya, satu badan sakit, inilah yang menyebabkan kita akan give up.

Kalau uollss surirumah macam Tie ni kan, uooolsss boleh cuba buat senaman 10-20 minit dulu di rumah. Macam Tie, Tie akan buka channel di youtube dan cari beberapa senaman ringkas yang boleh buat di rumah. Dapat buat 1/2 jam pun dah merecik berpeluh tau.

Kalau nak cari kelainan boleh keluar pergi taman, sambil sambil anak -anak main tu, kita buatlah pusingan taman tu dalam 1 pusingan. Berjalan laju pun boleh buat kalau malu nak jogging. Nanti datang3 hari lagi tambah 2 pusingan lagi, sampaikan kita selesa dengan beberapa pusingan.

Senaman yang boleh buat kat rumah, macam yoga, menari, mengemop lantai, sampu rumah tu pun satu senaman jugak tau, berkebun dan sebagainya. Kita sendiri kena tahu apa kesukaan kita dan jadikan ia satu senaman setiap hari.

Lakukan minima 3 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi, senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan tetapi ia juga akan membantu badan kita mencegah penyakit. Meningkatkan tenaga dan menjadikan kita seorang yang happy tau, ini kerana semasa bersenam kita akan mengeluarkan satu hormon iaitu hormon dopamin, adrenalin dan endorfin.

” AKAL YANG CERDAS TERLETAK PADA BADAN YANG CERGAS” -pepatah Arab


3. JAGA KESIHATAN MENTAL

Tiada gunanya, kita jaga kesihatan fizikal tetapi kita abaikan kesihatan mental, ia kena selari tau, nak sihat luar dan dalam, kesihatan fizikal dan mental kena selari, kena bekerjasama. InshaAllah kita akan sihat.

Kalau berada di kawasan bandar yanag sibuk dengan jem, tekanan di tempat kerja, menjerus kita ke arah kesihatan mental, kita akan tertekan dan akan rasa hidup ini sekadar untuk buat kerja sahaja, tiada masa rehat, badan letioh, emosi terganggu, makan dan tidur, sedangkan ia lebih daripada itu dalam hidup ini.

Ini ada beberapa aktiviti yang Tie nak kongsikan macamana kita nak menjaga kesihatan metal;

  • Kajian menunjukkan meditasi mampu mengawal tekanan dan kerisauan, bagi muslim, ibadah solat dan doa adalah juga salah satu bentuk meditasi, Semasa solat, lupakan sekejap hal hal dunia, antara kita dengan ALLah sahaja. ia adalah masa kita dengan tuhan. Kemudian luahkankan semuanya dalam doa kita, ini akan merasakan kita rasa lebih tenang.

Kita mmengharapkan kebergantungan kepada Allah, untuk selesaikan maslah yang buatkan kita tertekan.

  • Belajar kemahiran baru ataupun mulakan hobi baru bagi memastikan minda kita sentiasa muda dan aktif. kalau suka menulis, boleh mulakan dengan aktiviti menulis, kalau suka melukis, cuba buat apa apa lakaran, di saat kita rasa tertekan, berkebun ataupun mendengar musik juga satu aktiviti yang boleh membantu badan kita rasa lebih tenang.

  • Luangkan masa dengan alam sekitar, sekali sekala kita perlu keluar daripada kesibukan kota dan nimati alam sekitar, yang Allah ciptakan ada banyak ketenangan. Pergi berkelah di pantai, air terjun, ataupun mana mana sungai, tempat yang jauh daripada kesibukkan kota. Melihat kehijauan alaam juga terbukti baik untuk mata anda. Banyak manfaat yang akan kita boleh dapat.

4. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Tidur yang cukup adalah elemen yang sangat penting dalam membina gaya hidup yang sihat. Tidak cukup tidur akan menyebabkan otak kita sukar untuk fokus dan mudah jatuh sakit.

Tetapkan waktu tidur kita, boleh tidur awal dan bangun awal sebelum subuh, ini sangat di galakkan untuk muslim. Walau sesibuk mana pun kita, pastikan tidur kita mencukupi. Bagi seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari.

Mulakan gaya hidup sihat dengan mengubah sedikit demi sedikit dalam setiap aspek kehidupan. Mulakan dengan langkah kecil dan tambah baik dari masa ke semasa , ingat ia sebuah perjalanan bukan destinasi. raikan setiap kejayaan yang kita dah boleh ubah. Buat dalam keadaan happy, bukan keterpaksaan, tetapikan, nak buat sesuatu perubahan ini kena paksa diri juga sebenarnya , barulah ia boleh menjadi satu kenyataan.

Good luck uoolsss. Nak sihat dalaman dengan invest vitamin organic jangan lupa tau tekan link watsap Tie.

PENGEDAR SHAKLEE PAKA, DUNGUN, DAN KUALA TERENGGANU.

” INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTARLAH SEBAGAI AHLI SHAKLEE. ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN”

MODAL SERENDAH RM35 SAHAJA

PENGEDAR SELURUH NEGARA DI ALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI DAN ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

FACEBOOK : Ctnatrah Che kamaruddin

instagram : natrah1212

Whatsap : 013-9721859

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *