PENYELESAIAN HB LOW-Testimoni Shaklee Saya sendiri

Assalamualaikum, hai uoolss, sihat ker tu? Kalini Tie nak cerita pengalaman Tie sendiri yang ada anak ramai ni. Masalah HB low @ anemia @ darah rendah. Haaa semua orang sebut.

Sebut jer pasal Hb low ni memang tak boleh lari daripada masalah kebanyakkan ibu mengandung hadapi. Ni masalah yang Tie kena hadap daripada anak pertama sehingga ke dua tau. Tension setiap kali nak pergi klinik sebenarnya.

Kena hadap Nurse dulu beleber sebab HB low, tak puas hati lagi mesti kena refer ke doctor pulak. Aduiii nak menunggu tu lah lama sangat. Kalau ada masalah seperti ini mesti berada kat klinik daripada pagi sampai ke tengahari. Berjam-jam wehhhh

Ini lah yang membuatkan ramai ibu-ibu malas nak hadap. Cerita Tie dari anak pertama lagi Tie ada masalah HB Low ni, HB Tie, sampai satu tahap akan drop sampai ke 9. Masa ni doc dah bagitahu, kalau tak naik juga, doc mesti kena cucuk kat punggung.

Tie memang jenis berdarah rendah, walaupun tak pregnant. So kalau masa pregnant Tie tak jaga, HB Tie akan turun dan lagi turun. Ini sangat membimbangkan.

Macam-macam tau, Tie akan makan kalau ada yang bagitahu ia boleh menaikkan HB. Antara makanan yang akan Tie makan dan cari untuk naikkan HB ni;

  • Kerang
  • Organ dalaman haiwan, seperti hati pedal jantung ,limpa
  • sayur bayam,
  • pegaga
  • Ikan bilis
  • peria,
  • ulam raja
  • pucuk paku
  • kailan

Ha ada jer ternampak kat mana -mana kedai mesti Tie akan beli. Ambik waktu makan tengahari sama dengan nasi, ataupun makan saja-saja buat ulam.

Sampaikan satu tahap, Tie terbaca, pegaga boleh meningkatkan HB low. Gigih tau Tie cari pegaga dan buat jus nak minum. Nak tahu taak macamana cara Tie minum Jus pegaga tu? hahaha

Meh dengar video Tie cerita ni sampai habis tau.

Dah tengok belum video Tie ni? Jangan lupa share tau video Tie ni supaya lebih ramai ibu mengandung yang ada masalah HB Low di bantu.

Tetapi, gigih macamana sekalipun Tie ambik makanan yang tingkatkan HB tu kan, HB Tie tak naik banyak pun, takat 10 ke atas jer. Memang jenuh lah weh nak naikkan HB, walaupun Tie ada ambik vitamin Klinik,susah nak naik. Dan Tie dapat masalah lain pula apabila makan vitamin klinik bagi, dahla busyuk nak telan tu, sembelit lak.

Atas tong kan orang kata, nak cantik nak kena naik 11 ke atas, Tapi ni lah memang susahlah nak naikkan sampai 12 tu, disebabkan Tie ni jenis berdarah rendah walaupun tak pregnant, kalau pregnant lagi lah drop.

Sebenarnya, HB low ni bukan saja-saja lah nurse bising ataupun doktor bising, semuanya ini membahayakan nyawa ibu dan juga baby dalam kandungan.

Untuk Ibu akan hadapi risiko;

  • pengsan tiba-tiba
  • kerap letih,
  • tak boleh buat kerja cepat, mengah kalau berjalan cepat
  • Jantung berdenyut laju jer, kadang-kadang slow, tak seimbang.
  • kulit muka pucat jer
  • Dan yang paling bahaya kalau biarkan boleh terjadi pendarahan dan menyebabkan kematian buat ibu.

Untuk anak dalam kandungan pula mengalami risiko;

  • Lahir Pramatang
  • Pertumbuhan tak normal
  • Dan yang paling di takuti keguguran. Baby mati dalam kandungan.

Atas risiko-risiko inilah, ibu mengandung kena alert semua simptom-simptom yang ada sewaktu mengandung. Jikalau ada masalah,HB drop, kena dapatkan HELPER-HELPER luar untuk bantu badan naikkan HB.

Berbalik kepada cerita TESTIMONI SHAKLEE SAYA (TIE) sendiri kan pasal HB low ni, Masa anak ke 3, sebelum buat buku tu, Tie dah survey vitamin yang boleh naikkan HB, dan Tie terjumpa satu post kawan Tie mengenai vitamin Shaklee.

Masa tu lah Tie watsap kawan Tie tanya pasal Vitamin untuk naikkan HB low ada ke tak? apabila dia jawab ada, terus Tie watsap nak dan terus consume.

Amazingly, Anak ke 3 tu kan masa buat buku, HB 11 lebih dan yang paling best, sampai ke bersalin, HB Tie 11 lebih tak drop dah sampai ke bersalin. Itulah perkara yang paling mambahagiakan untuk Tie sewaktu mengandung tau.

ni result terakhir yang Tie ambik bacaan HB. 11.3 ni tinggi dah bagi Tie yang ada masalah HB low.

Dan yang membahagiakan juga, buku pink Tie anak 3 kan, stiker putih. biasanya mesti bertukar sticker tau, stiker warna hijau, disebabkan ada masalah HB low tu lah.

Stiker putih tu yang penting,.hahaha

Disini Tie nak share apa helper-helper yang membantu Tie di saat HB dah naik semasa anak ke 3

HELPER-HELPER UNTUK TINGKATKAN HB LOW

  • VITA-LIZE

Vitalize ni adalah multivitamin yang ada kandungan zat besi ataupun lebih dikenali sebagai iron. Kekurangan zat besi ni lah yang menyebabkan ibu mengalami anemia ataupun menyebabkan HB low.

Zat besi ni jugalah yang berfungsi mengangkut oksigen dalam badan ibu , jikalau zat besi kurang, oksigen akan berkurangan dalam badan dan baby turut akan mengalami masalah kekurangn oksigen.

Vitalize ni bukan sekadar ada zat besi sahaja tau, ia mempunyai 28 jenis vitamin dan mineral yang mana ia akan membantu dan menyokong pertumbuhan optimun baby dan meningkatkan lagi kesihatan ibu sepanjang pregnancy.

Inilah rupa vitalize , multivitamin Shaklee.

Helper yang ke dua adalah

  • Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin penting untuk manusia, kerana manusia tidak boleh meghasilkan sendiri vitamin C, dan Vitamin C tidak boleh disimpan di dalam badan manusia.

Zat besi yang ada dalam multivitamin Vitalize memerlukan vitamin C tau untuk penyerapan yang optimum dan ibu dapat sepenuhnya kandungan iron yang di ambik. Walaupun dalam vitalize dah ada sedikit vitamin C , ia tak mencukupi untuk ibu sepanjang hari.

Ini adalah kerana vitamin C ni mudah musnah.

Paling bestnya, Vitamin C Shaklee ni bersifat Sustained Release dan ia akan di huraikan sedikit demi sedikit selamaa 5 jam. Beruntung kalau ambik vitamin C yang ada sifat Sustained Release ni, ia membantu badan menyerap segala zat besi yang akan kita dapat daripada real food.

Kalau dalam 5 jam tu kita ada ambik makanan yang kaya dengan Zat besikan, kita sangat beruntung kerana vitamin C tersebut akan membantu kita serap kandungan zat besi secara optimum ke dalam badan kita.

Manfaat lain yang akan ibu dapat kalau consume Vitamin C

Helper yang ke 3 adalah;

  • B-Complex

Vitamin B yang lengkap kesemua jenis B yang diperlukan oleh badan manusia. Dan termasuk dengan Acid folic. Acid folic antara mineral yang penting semasa mengandung, ibu yang tak cukup pengambilan acid folic baby akan mengalami kecacatan saraf, boleh menyebabkan sumbing dan juga akan ada masalah pada jantung.

Vitamin B 12 yang ada dalam B complex membantu ibu yang ada masalah HB Low, B -12 fungsinya menghasilkan sel darah merah. B-12 ni,biasanya kita akan dapat daripada daging merah, mahupun dalam organ-organ dalaman haiwan, tetapi makanan ni semua kita tak galakkan untuk ambik terlalu banyak kerana ia boleh meningkatkan masalah hati bertoksid ataupun keracunan kepada hati.

So langkah selamat untuk ibu mengandung daripada mendapat masalah lain pula hanya ambik helper Vitamin B complex dan ia bukan sekadar membantu dalam penghasilan sel darah merah, tetapi membantu mengawal emosi ibu. elakkan daripada stress ,yang mana stress ni akan memusnahkan banyak vitamin C dalam badan.

Helper yang ke 4;

  • ENERGY SOY PROTEIN (ESP)

ESP ataupun nama panjangnya Energy soy protein adalah minuman wajib untuk ibu mengandung ambik setiap hari tau. Protein adalah mineral penting sepanjang kehamilan untuk menyokong pembentukkan janin yang sempurna.

Untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat, ia memerlukan protein yang cukup dalam diet harian. Protein juga adalah makanan kepada sel sel badan. APabila sel-sel badan cukup makanan, bertenaga dan sihat. Ibu turut akan mendapat kesannya, tubuh badan ibu lebih bertenaga dan lebih sihat sepanjang kehamilan.

Ini adalah helper-helper yang membantu Ibu mengandung tingkatkan bacaan HB. Untuk sebarang pertanyaan ataupun untuk dapatkan helper-helper ini, boleh terus tekan link watsap Tie ni yer. 013-9721859

Bahaya HB low ni bukan sahaja untuk ibu mengandung tau, tetapi ibu yang tak mengandung pun ada yang hadapi masalah sama. Dan ia juga membahayakan nyawa. Untuk lebih sihat dan bertenaga, perlukan juga helper-helper sama seperti di atas.

Setakat ini dulu penerangan Tie mnegenai HB LOW. ada apa apa pertanyaan boleh terus watsap Tie untuk mendapatkan perkhidmatan dengan lebih cepat. Nak baca lagi pasal testimoni Shaklee orang lain?

PENGEDAR SHAKLEE PAKA, DUNGUN, DAN KUALA TERENGGANU.

” INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTARLAH SEBAGAI AHLI SHAKLEE. ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN”

MODAL SERENDAH RM35 SAHAJA

PENGEDAR SELURUH NEGARA DI ALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI DAN ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

FACEBOOK : Ctnatrah Che kamaruddin

instagram : natrah1212

Whatsap : 013-9721859

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *