MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BARU

Haiii uooolsss, sebut multivitamin ni semua orang tahu kan, lagi-lagi kalau ibu mengandung, buat jer buku, haaa nurse akan bekalkan multivitamin lah untuk bantu ibu mengandung kekal bertenaga tanpa Anemia.

Tie kan, daripada anak ke 3, dah tak ambik multivitamin lain, selain multivitamin daripada SHAKLEE. Rasa yakin dengan multivitamin Shaklee yang bersifat beyond organic ni, rasa takut dah nak telan multivitamin sintetik yang ada di pasaran berjenama lain.

Uooollsss kenal belum Multivitamin Shaklee ni?Meh Tie nak cerita pasal multivitamin pilihan ramai orang ni yer.

Pada tahun 1915,. Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta multivitamin antara yang pertama di Amerika Syarikat. Hasil inovasi lebih daripada 100 tahun ini telah membawa kepada formulasi Vita-lize.

Selama 10 tahun Tie berada dalam dunia vitamin Shaklee ni, tahun 2023 kali ke 3 botol Shaklee bertukar wajah. Pada tahun 2013, pertama kali Tie kenal multivitamin Vita-lea ni dalam botol biru+kuning. Beberapa tahun lepas tu, Shaklee tukar pakaging kepada warna putih.

Cantik pakaging warna putih. Lagi teruja nak share pada ramai lagi kawan-kawan. Multivitamin Vita-lea Iron plus nama sebelum pakaging terbaru 2023 ni , sekarang namanya dah menjadi VITA-LIZE. dan formulasi nya juga bertambah. Ini buatkan lagi sayang nak tukar lain. Memang akan setia sampai beranak cucu lah jawabnya.

Gambar atas ni adalah Pakaging sebelum bertukar nama VITA-LIZE. Vitalea Iron plus ni , antara vitamin wajib yang Tie kena ambik disebabkan Tie ada masalah anemia, darah rendah walaupun tak pregnant. Kalau pregnant, HB Tie lagi akan rendah. Lagilah wajib ambik vita-lea ni tanpa gagal.

Dengan amalkan Vitalea ni lah HB Tie meningkat, daripada 9 sahaja naik sampai 11.5, selamat tau daripada kena cucuk kat punggung ataupun kena tambah darah waktu pregnant.

Simptom-simptom yang biasa nya si darah rendah ialah;

  • cepat rasa letih kalau berjalan
  • nak pitam kalau bangun mendadak
  • sentiasa pucat
  • kadar pergerakkan jantung tak normal, kadang-kadang rasa laju, kadang -kadang rasa slow.
  • tangan dan kaki sejuk serta pening kepala tertiba

Dalam Multivitamin ni ada 25 jenis vitamin dan mineral penting untuk badan kita. Dan yang bestnya vita-lize terbaru ni , 2 tablet membekalkan 600 mg asid folic dan vitamin B.

Lagi beruntung, apabila ada sekali sistem penghantaran salutan mikro berpaten yang mana ia direka untuk memastikan penyerapan asid folic.

Buat ibu mengandung Asid Folic ni penting tau, antara kesan akibat kekurangan asid folic semasa mengandung adalah:

  • boleh meningkatkan risiko kecacatan kelahiran NTD.
  • NTD ni adalah kecacatan kelahiran yang melibatkan perkembangan otak dan saraf tunjang bayi yang tidak lengkap.
  • Contoh baby yang mengalami kecacatan kelahiran NTD seperti kat bawah ni yer.

Ni baru cerita pasal ibu mengandung kan, dan manfaat nya yang akan ibu mengandung dapat kalau amalkan Vita-lize ni, meh kita tengok apa yang ada dalam kandungan 2 biji Vita-lize yang kita ambik setiap hari.

Ni baru sebahagian tau yang ada dalam Vita-lize, dalam vita-lize ada 25 jenis vitamin dan mineral.

Dan mustahil kan untuk kita cukupkan segala nutrisi yang badan perlukan dengan real food.

Disebabkan itulah, penting sangat pengambilan multivitamin seperti Vita- lize ni setiap hari.

Dan siapa yang perlukan multivitamin Vita-lize ni adalah;

  • Ibu mengandung
  • Ibu menyusu
  • Ibu dalam pantang/keguguran
  • Orang yang kerap letih
  • Si darah rendah yang selalu penat
  • pelajar untuk elakkan mengantuk dalam kelas
  • Yang tak ada selera makan
  • Yang ada kencing manis- cromium yang ada dalam Vita-lize membantu kawal gula dalam darah
  • Terlalu kurus
  • Nak turunkan berat badan- membantu badan kurangkan craving
  • Semua peringkat untuk cukupkan nutrisi badan setiap hari.

Sampai sini dulu yer, sedikit penerangan Tie pasal multivitamin Shaklee yang di namakan dengan Vita- lize.

Berminat untuk dapatkan MULTIVITAMIN SHAKLEE ni boleh terus tekan link watsap Tie ni yer 013-972 1859

PENGEDAR SHAKLEE PAKA, DUNGUN, DAN KUALA TERENGGANU.

” INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTARLAH SEBAGAI AHLI SHAKLEE. ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN”

MODAL SERENDAH RM35 SAHAJA

PENGEDAR SELURUH NEGARA DI ALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI DAN ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

FACEBOOK : Ctnatrah Che kamaruddin

instagram : natrah1212

Whatsap : 013-9721859

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *