TIPS KEKAL POSITIF

Kekal Positif, semua orang senang sangat kan nak ucapkan perkataan positif, Tie dulu lalui perkara yang sama. Ramai yang kata , Tie seorang yang sangat negative, terlalu fikirkan perkara yang tak terjadi lagi, overthinking.

Semua yang Tie buat, tak akan dapat seperti di rancang, tetapi Tie akan dapat seperti yang Tie fikirkan. Dari Abu Hurairah radliyallahu’ahu, ia berkata bahawa, Rasulullah bersabda, Allah berfirman

“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku”

Hadis ini mengajar bagaimana seorang muslim harus husnuzon pada Allah dan mempunyai sikap berharap pada Nya.

Tetapi, Tie faham sangat apa yang orang berusaha nak berfikir positif daripada bertahun berada dalam keadaan negative. tak nak fikir tapi terfikir jugak, apabila dah berlaku seperti apa yang kita fikir tu, duk ingat balik apa yang dah berlaku.

Rasa menyesal, selalu salahkan diri sendiri, rasa kecewa, selalu mempersoalkan kenapa ia berlaku kepada kita. Dan apa yang berlaku dalam hidup kita akan rasa tak happy, berada dalam kemurungan.

Tie teringat satu cerita daripada peserta kelab 7am Prof Muhaya,

Prof Muhaya ada tekankan, dalam hidup ini seperti tali, “Kita kena tumpukaan pada masa sekarang untuk rasa tenang dan happy, jangan fikirkan masa lampau yang akan buatkan kita stress@depression, dan jangan fikirkan masa depan yang belum terjadi tu yang akan menyebabkan kita anxiety.”

Daripada apa yang Prof Muhaya tekankan kat sini, teringat Tie pada satu cerita pada zaman Ibnu Sina. Mengenai anak kambing. Haaa meh baca sampai habis. Siapa yang nak kekal posititif ataupun nak keluar dari dunia negative kena baca sampai habis tau.

KAMBING🐐 PUN STRESS? 🤔

Siapa pernah dengar kisah Ibnu Sina dengan dua ekor anak kambing?

Diceritakan, Ibnu Sina buat satu eksperimen. Dalam eksperimen tu, Ibnu Sina masukkan dua ekor anak kambing ke dalam sangkar.

Anak-anak kambing itu sama umur, sama berat, dari baka yang sama dan diberi makan makanan yang sama. Semuanya berada dalam keadaan yang sama.

Kemudian, Ibnu Sina meletakkan seekor serigala jantan di dalam sangkar yang lain. Sangkar itu diletakkan di sebelah salah satu anak kambing.

Hanya anak kambing yang berada di sebelah sangkar itu nampak serigala tersebut sedangkan seekor lagi anak kambing tak nampak serigala itu.

Beberapa bulan kemudian, anak kambing yang berada di sebelah sangkar serigala didapati mati. Ia mati kerana restless, lemah dan berada dalam emosi serta mental yang tertekan.

Sedangkan serigala itu langsung tidak pernah memberi ancaman kepada anak kambing yang mati.

Anak kambing seekor lagi yang tak nampak kehadiran serigala membesar dengan sihat, gemuk sampai overweight dan gembira. Ia membesar dengan baik kerana emosi, fizikal dan mentalnya terjaga.

Apa yang Ibnu Sina nak sampaikan kepada kita dalam eksperimen ini?

Ibnu Sina memerhati kesan positif dan negatif kesihatan mental terhadap kesihatan tubuh badan.

Ibnu Sina berpesan bahawa ketakutan pada perkara yang tak perlu, kerisauan, rasa tak aman yang melampau dan tekanan perasaan akan bagi kesan buruk kepada badan.

Kawan,

Selama mana kita dibelenggu oleh rasa takut dan khuatir, selama itulah kita akan “mati” sebelum sebenar benar mati. Mati semangat perjuangan, mati rasa mahu mencuba dan mati peluang untuk better life.

Hiduplah untuk hari ini. Tapi tetaplah berusaha untuk masa akan datang.

Tie cerita pengalaman Tie masa ada mindset yang snagat negative dulu. Overthinking. Tie rasa semuanya susah. Rasa macam tak berguna, rasa tak mampu nak buat macam orang lain, rasa tak layak dapat macam orang lain. Dan nak capai apa yang kita nak tu lagi lah mustahil.

Apabila Tie berjaya twist mindset negative tu menjadi mindset yang berfikir lebih baik.
Semua yang Tie rasa dulu mustahil dan susah rupanya senang sangat untuk capai.

Ikhtibar dari cerita kambing dan Pengalaman Tie sendiri ni.
Kita semua berhak berjaya dalam hidup. Berhak dapat kesihatan yang baik, kehidupan yang lebih better
Hanya dengan JAGA-JAGA DENGAN APA YANG KITA FIKIRKAN.

Tips untuk menjadi POSITIF DAN KEKAL POSITIF

  • Berdamping dengan zikir, supaya hati selalu tenang dan rasa di lindungi, mindset negative ni adalah suara kecik daripada Syaitan
  • Sentiasa bercakap depan cermin dengan kata-kata semangat untuk diri sendiri dan tengok ke dalam mata dengan yakin.
  • Sentiasa merasa bangga dengan kelebihan diri sendiri.
  • Bersyukur dengan apa yang kita ada, bukan melihat apa yang kita tak ada.
  • Yakin dengan setiap apa yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik buat kita. Macamana nak merasai perasaan Yakin ni, jangan Fikirkan apa sebab ia berlaku pada kita.
  • Sentiasa kena berdoa, pada Allah supaya selalu berada di samping kita, kita insan lemah, kita serahkan segala urusan didunia ni kepada Allah Ya Baari.
  • Bangun Tahajud, kerana waktu Tahajud adalah waktu paling dekat kita dengan Allah.
  • Solat awal waktu, kita jaga solat, Allah Jaga kita.
  • Dekatkan diri dengan circle positif. Cari group-group bisnes yang selalu menarik kita kearah kebaikkan, bukan menjual semata-mata.(ini yang Tie Jumpa dalam dunia bisnes Shaklee)
  • Kena lawan suara biawak yang akan hadir setiap masa dalam diri kita.

Apa-apa pun, semuanya adalah dari dalam diri kita sendiri, Jikalau kita berusaha untuk menjadi positif , Allah akan bantu lorongkan satu-satu jalan buat kita. Apa saja KATA-KATA MOTIVASI yang kita baca, tetapi kita tak berusaha untuk move on, ia tetap akan kekal begitu selamanya.

Tetapi kalau kita rasa ia susah untuk ubah apa yang kita dah lalui selama ini, sampai bila-bila kita akan dibelenggu dengan masalah dan berada dalam dunia negative.

Nak berjaya? Hanya diri sendiri sahaja yang akan sayang dan percaya pada diri kita sendiri. Orang lain tak mampu nak bantu diri kita melainkan diri kita sendiri.

PENGEDAR SHAKLEE PAKA, DUNGUN, DAN KUALA TERENGGANU.

” INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTARLAH SEBAGAI AHLI SHAKLEE. ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN”

MODAL SERENDAH RM35 SAHAJA

PENGEDAR SELURUH NEGARA DI ALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI DAN ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

FACEBOOK : Ctnatrah Che kamaruddin

instagram : natrah1212

Whatsap : 013-9721859

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *