Sahur Simple Zat Padu

Pecahkan Tradisi dengan Set Sahur Shaklee

Tinggal lagi beberapa hari jer kan nak masuk Ramadhan. Bila ingat bulan Ramadhan mesti teringat kat moment-moment masa kecik dulu. Kalau hari pertama sahur jer, Abah akan beli daging fresh mintak ibu buatkan gulai. Yerlah dulu nak makan daging gulai tu bukan setiap hari boleh kan,

Gulai ni akan jumpa waktu kenduri, ada majlis ataupun Hari raya. Itu kami dulu lah, so nak nya anak-anak dia makan banyak waktu sahur, Abah mesti akan bawak balik daging fresh mintak ibu masakkan gulai daging.

suasana sehari sebelum ramadhan, pasar tani mesti ramai yang akan jual daging fresh

Abah nak sangat anak anak dia makan sahur dengan berselera, dan Ibu kata “makan banyak-banyak nak puasa ni, kalau makan sikit karang tak larat nak tunggu maghrib.”

Gitu lah dari kecik Tie dan adik beradik akan di momok-momok kan kena sahur berat supaya puasa nanti kita kuat dan tak lapar. Hehehe comel jerkan.

Sekarang baru faham kenapalah diorang nak sangat kami sahur dengan daging awal-awal puasa dulu. Sebabnya

  • Daging lembu ni adalah protein tapi tinggi kolestrol uoolss
  • Protein ni uoolss kena faham, ia melambatkan proses lapar
  • Daging lembu ni mempunyai vitamin dan mineral yang boleh tahan jugak lah banyaknya, antaranya vitamin B yang membantu menjana tenaga untuk badan kita
  • Daging ni lagi satu lambat dihadam tau. Ini kerana ia mengandungi protein dan lemak yang memerlukan waktu lebih lama untuk dicerna oleh sistem penghadaman manusia.

Sebab tulah , hari pertama sahur jer kami adik beradik akan di hidangkan dengan menu daging. Meriahh. Makan bertambah , sedaplah makan berjemaah kan.Alaaa panjang lak cerita sahur zaman kecik-kecik dolu. heheh

Tapi now, bermula tahun lepas lah, Tie pecahkan rekod tradisi, haa gitu, tak nak sahur dengan nasi dan lauk macam-macam jenis dah, Tie nak sahur dengan Shake protein jer, Alhamdulillah gak, anak-anak Tie pun nak sahur dengan Shake sama. Happy lah Umi wehhh, tak payah nak bangun pagi-pagi sangat dah nak goreng ayam bagai.

suasana hidangan atas meja waktu sahur

Sebelum-sebelum ni Tie kena bangun awal daripada biasa nak kena sediakan makanan sahur tau. Goreng ayam tu boleh dikatakan 30 hari bulan ramadhan, jenuh wehh, boring giler dah. Dan paling tak suka kena fikir menu sahur lagi, diorang ni berbuka menu lain, sahur menu lain. Bayangkan jengg kepala umi nak kena fikir menu. hehehe

Tahun lepas, atas meja makan kami hanyalah air-air Shake jer, ni pun atas request diorang sendiri. Nak shake apa untuk sahur. senang jer wehh kerja umi, ambik dan umi blend dengan blender buah. Kalau kena shake semua ni kuruslah lengan Umi . hahaha

si Angah peminat Lifeshake matcha tahun lepas, tahun ni nak kena tanya dia nak menu apa lak

Amazingly, selama ni salah rupanya anggapan tu, kalau tak sahur nasi ataupun menu berat tak boleh puasa sampai penuh, tak larat nak puasa. Tidakk sama sekali, sahur dengan SET SAHUR SHAKLEE lah antara sahur yang paling bertenaga bagi Tie dan keluarga tau. Sebelum sebelum ni anak-anak Tie hari pertama puasa, nak berbuka tu menangis macam kebulur sangat daah. Menggelepar atas lantai sampai masuk bawah meja nak berbuka puasa.

Tetapi tahun lepas, tahun pertama kami sahur dengan Shake protein dan set sahur Shaklee ni kan, tak ada drama tau nak berbuka, diorang steady jer puasa, siap boleh gi main-main lagi tak melepekkk jer. Haaaa Umi is happy dari nak sediakan sahur sebab senang, sampailah nak berbuka tu, semuanya menggembirakan.

Tak jatuh cinta macamana kan? gilerlah kalau tak nak cerita kenapa semua ni berlaku. hahaha. Ha meh Tie cerita kat uoolsss macamana Set Sahur Shaklee ni bagi Tie sangatlah amazing dan membantu semua tau, dari anak-anak yang baru belajar nak puasa sampailah kepada warga emas yang kita tahu dah loww energy gitu.

Ini antara set Sahur shaklee yang sangat basic dan wajib ada semasa puasa nanti.

  1. Energy soy Protein

Haaa nama nya dah pun energy kan. Energy soy Protein ni nama panjang kepada ESP. Macamana dia membantu dengan sifat Glisemiks Indeks(GI) Rendah yang akan mencerna apa yang kita makan tu kepada gula dan tenaga dalam badan kita. ESP mempunyai GI yang rendah yang mana ia ditukarkan kepada gula dalam darah untuk dijadikan tenaga secara perlahan-lahan.

Atas sebab itulah sesiapa yang ambik ESP waktu sahur, dia akan merasai kesannya yang sangat berbeza

  • Berbeza daripada tenaga. Tenaga tu sampai ke petang tau. Protein ni perut kenyang lebih lama.
  • Tak rasa pedih perut , kerana solid protein daripada ESP ni akan membaiki tisu-tisu perut yang terhakis semasa perut kosong.
  • sifatnya Alkali membantu sangat-sangat neutral kan keasidaan dalam perut sewaktu kita puasa.
Energy Soy Protein
  • Cinch Shake Chocholate

Cinch shake Chocholate ni pun antara protein yang wajib ada dalam set sahur kita. Kalau ambik ESP sahaja ia membantu kita lebih tenaga waktu sahur, means taklah tengahari tu dah ketar -ketar sebab lapar sangat kan. Lagi-lagi ibu menyusu waktu puasa adalah orang yang paling mencabar. Nak tau tak kenapa ibu menyusu paling mancabar?baca sini…

Dah ada ESP kalau di tambah dengan Cinch Shake Chocholate puasa kita lagi istimewa. Haaa istimewa lah wehhh, bayangkan, kita mampu ke waktu sahur hidangkan penuh lauk pauk atas meja, ataupun kalau dapat hidangkan lauk pauk cukup lengkap waktu sahur, mampu ke kita makan semua tu waktu pagi -pagi sahur tu? minum air kosong segelas pun dah rasa tak boleh nak telan kan?

haaaa sebab itulah siapa tambah Cinch Choc dalam menu sahur nya, ia sangat bertuah. Kerana manfaat dalam cinch Chocholate tu kita susah tau nak lengkapkan dalam menu real food terutamanya waktu sahur.

Ini sebab kenapa cinch Chocolate istimewa dan sangat memberi manfaat kepada sesiapa yang mengambilnya waktu sahur :

  • kita berjaya top up nutrisi harian kita sebanyak 21 vitamin dan mineral. haaa bayangkan atas meja tu penuh lauk pauk beserta dengan buah -buahan pelbagai warna. hebatkan?Kerana banyak vitamin dan mineral ini lah badan kita lagi EXTRA ENERGY haaa gitu.
  • Sifatnya juga Glisemiks rendah akan membantu mengawal paras gula dalam darah. So ini akan memberi kita tenaga juga kekal lama.
  • Paras gula ni penting tau, ia akan mengawal pengeluaran hormon insulin dalam badan kita, hormon ni waktu kita puasa, kalau kandungan gula dalam darah rendah, ia akan gunakan lemak simpanan kita untuk dijadikan tenaga. That’s why lah siapa yang tambah cinch Chocholate ni ia membantu badan nampak solid dan cepat inciloss
    • Cinch juga ditambah dengan Leusine yang mana ia akan mengekalkan otot-otot kita dan meningkatkan metabolisme, kalau kita aktif dan banyak buat kerja waktu puasa, banyak kalori yang akan di bakar tau.Untungnya korang, EXTRA TENAGA DAPAT !, INCILOSS DAPAT !

Haaa Cinch Shake ni dah boleh kita jadikan Replacement Meal kita waktu sahur. Dah tak payah nak masak bagai. Dan kita bukan takat bertenaga. Tetapi kita berikan KESIHATAN dalaman kita sama. Alahaiii lagilah beruntung kalau amalkan ambik 30 hari puasa kan.

Cinch ni ada 3 flavour tau, haa boleh pilih nak yang mana. boleh tukar-tukar, taklah kita rasa boring kan waktu sahur nanti.
  • PERFORMANCE DRINK LIME

Minuman ke tiga yang sangat-sangat membantu waktu kita sahur adalah air isotonik tanpa gas tau. Ia adalah minuman elektrolit khas yang membantu kita “PEGANG” air dalam badan. So ia akan mengelakkan badan kita dehidrasi. Dan ia membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita agar tidak cepat hilang.

Sebelum ni waktu sahur tu, kita mesti suruh anak-anak terutamanya minum air masak banyak untuk elakkan daripada DAHAGA. Sebenarnya minum air banyak ni akan menyebabkan kita akan kerap membuang air dan ia adalah salah satu sebab badan kita akan hilang air dengan lebih cepat. Ini lah penyebab kita cepat dahaga waktu kita puasa.

Atas sebab inilah, PERFORMANCE DRINK LIME ni antara minuman wajib yang kita perlu paksa anak-anak kita minum.

Performance drink Shaklee ada 2 flavour, Lime dan juga Orange

Haa enam Elektrolit yang ada dalam Performance drink Lime ni beserta karbohidrat unik yang di tambah bersama membantu untuk membekalkan tenaga yang segera, berterusan dan menyokong penghidratan optimum badan kita.

Bukan tu jer lah, siapa pengamalnya, ia akan dapat manfaat ini juga:

  • memberikan tenaga yang segera dan berterusan
  • pegang air dalam badan kita untuk elakkan daripada haus yang melampau waktu puasa
  • mengelakkan cramp
  • melembabkan kulit kita. air kurang ni kulit kita akan nampak cepat berkedut tau. oiiittt perempuan takut ni kalau berkedut cepatkan.
  • mengelakkan keletihan melampau walaupun kita bekerja di tengah panas terik.
  • elakkan daripada ulang alik ke toilet kerap, haaa aktiviti ni pun meletihkan.
  • mengelakkan daripada kencing tak lawas,
  • kalau ibu menyusu ni juga salah satu minuman yang akan bagi kita extra tenaga dan cukupkan pengeluaran susu ibu.

Nak tengokk tak rupanya macamana PERFORMANCE DRINK LIME ni?

sedappp weehhh buat pekat pekat terasa lime nya tu bila masuk tekak kan , ya Allah nikmat sangat-sangat.

Sebab itulah , Performance drink lime ni sangat-sangat diperlukan dari anak-anak sehingga warga emas sewaktu kita puasa nanti. Dengan keadaan cuaca yang tak menentu di di tambah lagi anak-anak yang akan masuk sekolah dah ni.

Haaa itulah serba sedikit penerangan Tie kenapa SET PUASA SHAKLEE ni sangat menarik dan sangat istimewa jika 30hari kita ambik waktu sahur. Badan akan lebih sihat, bertenaga sampai ke terawih boleh buat amal ibadat.

Korang berminat untuk dapatkan SET PUASA SHAKLEE ni , dan rasai perbezaan daripada puasa -puasa sebelum ni? boleh contact Tie tau di NUMBER CONTACT ni

#BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #shakleepaka #shakleeterengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *