Perkara perlu dilakukan sepanjang Menyusu

“Senyum. Kadang-kadang tu kan satu senyuman di awal pagi membawa seribu kegembiraan sepanjang hari, Kita akan merasakan diri kita selalu mencapai kebahagian.”
Assalamualaikum warohmatuAllahi wabarokatuh. Semoga semua sahabat-sahabat Umi Tie yang baca coretan kali ini selalu berada dalam rahmat Allah dan selalu diberkati hendaknya. Amin.
Kali ini, Umi Tie nak kongsikan beberapa perkara yang PERLU dan TAK PERLU kita buat ,@ tak perlu fikirkan pun sepanjang penyusuan ni.
Umi Tie nak pecahkan kepada beberapa bahagian.

Bahagian Pertama

  • SEMASA MENGANDUNG
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku” (Muttafaqun ‘alaih). Hadits ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus huznuzhon pada Allah dan memiliki sikap roja‘ (harap) pada-Nya.
  • PERLU
Perlu untuk tetapkan niat dari awal kehamilan lagi untuk menyusukan anak dari lahirnya dia hingga semampu kita sehingga 2 tahun hendaknya. Dan seperti ayat kat atas, Allah akan bagi mengikut persangkaan HambaNya.
Selalu fikir kita mampu menyusukan dan selalu fikir  susu kita banyak untuk anak kita nanti.
  • PERLU
Untuk Berjaya dalam penyusuan semasa anak lahir nanti , kita dari awal kehamilan lagi sudah mencari, mengali Ilmu-ilmu penyusuan ini. Ilmu-ilmu ini takkan kita dapat tau kalau kita tak mencarinya.
Apabila kita ada Ilmu,kita akan seronok tau , tak sabar nak tunggu anak ni lahir. Sebabnya bila dah ada Ilmu, kita nak buat praktikal ni lepas anak lahir. Korang percaya tak?kalau korang newbie mom, cuba k.
Macamana nak cari Ilmu selain google, korang boleh join Group-group Whatsap penyusuan , banyak sangat group-group macam ni sekarang ni. Kalau nak join group bawah Projek SUSU ni pun ada dah ditubuhkan. Nanti boleh jer Contact  Umi Ti yer untuk join. apabila dah ada dalam group macam ni, kalau ada permasalah dalam penyusuan taklah kita buntu nak atasinya macamana. Dan ini boleh mengelakkan kita dari putus asa.
  • TAK PERLU
Tak perlu nak dengar kata-kata orang,

” Nanti ko nak masuk kerja susah tau kalau menyusu ni”

Korang pernah tak dengar ayat-ayat macam ni, biasanya orang-orang yang bercakap macam ni diorang tak ada Ilmu dalam penyusuan, dan tak tahu fadhilatnya besar sangat kalau dapat menyusukan anak.

BAHAGIAN KE DUA

  • FASA BERPANTANG
Fasa berpantang ini adalah fasa di mana kita akan apply ilmu yang kita gali semasa mengandung. Lepas hadam semua ilmu itu, saat ini lah kita akan praktikal kan.
  • PERLU
Rajin bertanya apa sahaja yang kita rasa was-was, kita rasa tak yakin apa yang kita buat ni. Biasanya new mom yang akan rasa kurang yakin ni. Masa inilah perlu sangat group support seperti group whatsap yang Umi Tie cadangkan tadi.
Umi ada pengalaman sorang new mom ni, dalam pantang maknya dah suruh bagi air masak kat baby tu. Kalau kita ada ilmu dalam penyusuan ni kita mesti akan tahu yang tak elok bagi air kosong kepada baby bawah pada 6 bulan.( boleh baca kat sini )
  • PERLU
Bagi ibu yang bekerjaya, alatan sepanjang penyusuan kena lengkap tau. Jika semua alatan ini kita cukup, kita takkan akan rasa penyusuan ini suatu yang susah. Alatan yang perlu seperti Pam, cooler bag, storage bag, bottle yang sesuai, warmer.
Bagi Umi Tie, Pam perlu walaupun kita tak bekerja sekalipun, sebabnya kan, semasa anak dalam pantang dalam tempoh 44 hari  nanti, baby akan kerap tidur dari berjaga. Ini adalah lumrah seorang baby. Kata orang tua, ” baby nak besar lagi lah tu, sebab itu suka tidur”hehehe.
  • PERLU
Dan untuk tingkatkan lagi susu dalam pantang, kita kena kerapkan menyusu baby, kalau baby susah nak kejut, masa inilah perlunya pam. Dalam pantang, kita hanya rehat jerkan. Kita tak perlu pun buat kerja rumah, pendapat Umi Tie masa inilah kita ambik peluang yang ada ini, pam sekerap boleh. selalu kosongkan breast kita. Lagi kerap kita kosongkan breast lagi banyak susu yang akan terhasil.
Dalam pantang biasanya baby akan kerap tidur disebabkan jaundise. Dan Susu ibulah terbaik antara kaedah rawatannya yer. Kerapkan menyusu, kejutkan setiap 1 jam. Dan kalau baby terbangun selepas kita pam, kita boleh bagi baby minum susu perahan tadi.
  • TAK PERLU
Untuk bagi baby susu perahan tadi, tak perlu bagi ikut botol lagi kalau baby masih baru tau. sebabnya takut baby confius nipple. Nanti 2 minggu nak masuk kerja baru ajar kat baby minum ikut botol susu.
Boleh guna cup ataupun sudu. cara ini kena kesabaran yang tinggi sikitlah.
  • TAK PERLU
Susu kita selalu cukup anak kita, ingat yer, dalam awal kelahiran perut baby kecik sangat, dan susu yang terhasil sesuai dengan saiz perut baby.
saiz-perut-bayi-susuibu
TAK PERLU beli susu formula lagi dalam pantang. Dan Umi Tie selalu tegaskan kat group jangan beli susu formula. Kadang-kadang baby dalam pantang suka menangis, baby menangis bukan sahaja sebab lapar yer, tapi banyak sangat sebab. dan sini pun perlu sangat ilmu dalam penyusuan dan penjagaan baby.
Kalau tak ada Ilmu, memang kita akan beli susu formula dan bagi kat baby. JANGAN SESEKALI FIKIR yer!

BAHAGIAN KE TIGA

FASA PENYUSUAN LEPAS BERPANTANG
Apabila seorang Ibu dah dapat atasi fasa berpantang, kebiasanya masuk ke fasa lepas berpantang ini sangat mencabar sikit. Jika Ibu itu seorang yang bekerjaya.
  • PERLU
Perlu cari kawan seangkatan untuk mengepam sepanjang waktu bekerja nanti yer. Kalau kita berkawan dengan kawan-kawan senagkatan ini, kita akan lebih teruja untuk mengepam sama.
  • PERLU
Mengepam walaupun sesibuk mana kita. Selalu menghantar signal kat otak yang baby kita perlukan banyak lagi susu. Pam ikut jadual yang dah kita buat mengikut kesesuaian waktu kita di pejabat.
  • PERLU
Perlu cari jalan penyelesaian di setiap masalah yang berkaitan dengan journey kita nanti tau. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Cari Laktasi caunselor yang berdekatan dengan kita, ataupun gunakan group penyusuan yang dah kita join.
  • PERLU
Perlu tahu makanan yang digalakkan ibu menyusu ambik sepanjang tempoh penyusuan, supaya ia dapat mempengaruhi hormon penyusuan. Kebiasaanya makanan terebut tinggi galactogue dan isofalvonces. Mengenai makanan ni nanti Umi Tie kupas dalam next Entri yer.
  • PERLU
Ibu Menyusu kena tahu kawal perasaan dan emosi sepanjang penyusuan nanti. Emosi sangat memainkan peranan untuk hormon oksitosin nanti. Ingat lagikan macamana tingkatkan Hormon Oksitosin perlu semasa menyusu ni secara ringkasnya
  • PERLU
Badan kita perlu dalam keadaan sihat sepanjang tempoh penyusuan ini. Jika kita sakit ia akan pengaruhi pengeluaran susu kita. Ibu Menyusu makan ikut piramid makanan yang sihat. Jika tak mampu nak cukupkan dengan menu harian, Cuba dapatkan dengan bantuan suplement dan vitamin yang selamat dan semulajadi yer.
Kita kena cipta kebahagian kita sepanjang penyusuan ini.
  • TAK PERLU
Jangan sesekali fikir untuk putus asa k. jika kita dah dapat lalui fasa berpantang dan eksklusif sehingga 6 bulan, kita juga akan mampu hadapinya sehingga 2 tahun.
Cukup setakat ini dulu yer Ilmu buat Mommies yang memerlukan. Jika ada sebarang masalah dan perlukan group sokongan penyusuan di facebook nanti boleh whatsap Umi Tie yer.
Cadangan vitamin-vitamin buat ibu menyusu cukupkan untuk badan setiap hari, boleh tengok di Link ni yer. Nak cuba whatsap Tie yer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *