Ibu menyusu boleh berbuka Puasa?

Assalamualaikum w.b.t…

Pejam celik pejam celik hari ini dah masuk hari ker 17 puasa.. Takut pun ada,sekejap sangat rasa dah 17 hari..huhuu..

Oiiit tak mau merewang panjang-panjang..ti nak jawab soalan bagi sorang mommie ni…InsyaALLAH..semoga ia boleh kita jadikan pengajaran dan pengentahuan buat kita gak kan..

Untuk pengentahuan kita.. sahabat kita ni bekerja…

Jawapan Ti untuk soalan dia ni k…

  1. KENAPA BADAN IBU MENYUSU ni terketar-ketar semasa puasa.
  • Sahabat-sahabat kena tahu k…semasa proses pnyusuan ataupun semasa kita mengepam…badan kita akan membakar kalori sebanyak 200-500 kalori setiap hari..
  • Untuk membakar kalori tersebut… badan kita akan menggunakan tenaga .. Bulan puasa nikan…nak makan tak boleh untuk top up balik tenaga yang kita gunakan ini…Jadinya…
  • Apabila badan kita dah gunakan semua tenaga yang ada dalam badan kita itulah penyebabnya badan kita akan terketar-ketar..
  • Ada sesetengah dari kita,pagi lagi dah rasa ketar-ketarkan…Itu sebenarnya normal bagi ibu menyusu
SEBAB itulah kita ibu menyusu disarankan bersahur dan mesti mengambil kalori lebih dari 700 kca.
2. KENAPA 2-3 hari ini PRODUCTION SUSU mommie ni tidak banyak.
  • Sebelum tu tahu dulu k…sahabat kita ini bekerja dan diberitahu tidak sempat untuk mengepam waktu siang hari.
  • Apabila ibu ni termiss mengepam pada siang hari…ia dah menghantar signal kepada suis kita diotak tau bahawa anak kita dah kurang minum susu…So secara automatiknya sahabat kita ni dah hantar signal gak kat hormon prolaktin untuk kurangkan penghasilan susu.
  • Sebab itulah Ti suka sangat peringatkan kepada sahabat yang lain..puasa pun kena gak pam.
  • Apabila ada demand,semestinya supply mesti akan ada….itulah kuncinya dalam penyusuan ni…
DI TAMBAH pulak kita ni sekarang BERPUASA.
  • Kandungan susu kita terdiri daripada 84% air…apabila badan kita kekurangan air jugak,suis di otak akan dapat signal bahawa badan kita LETIH,letih juga akan diarahkan oleh otak supaya badan kita berehat.
  • Semasa badan kita berehat nilah hormon prolaktin akan dikurangkan..
  • Apabila hormon prolaktin dkurangkan,..Semestinya susu kita akan drop..
Kita tengok perkongsian Fiqhmedic tentang penyusuan semasa puasa ni k

Punca kurang susu ibu. Jika menurut kajian di atas, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keaadaan, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.

Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyakdemand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.

Di samping hormon prolaktin (berfungsi untuk membuat/menghasilkan susu) danoksitosin (berfungsi untuk mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagisubstance penting yang dinamakan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL).
FIL adalah sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di payudara ibu itu. Ia memberi negative feedback kepada proses penghasilan susu tu. Jika banyak susu tidak dikeluarkan dari payudara (sebab kurang penyusuan dari bayi/kurang diperah keluar), maka banyaklah FIL ini berkumpul dalam payudara. Level FIL yang tinggi ni akan memberi signal supaya kurang susu dihasilkan (negative feedback). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka lama kelamaan payudara itu akan mengecil.
Sebaliknya, jika susu sentiasa dikeluarkan dari payudara (bayi kerap menyusu / kerap diperah keluar), maka kurang FIL dalam payudara. Level FIL yang rendah ini akan memberi signal supaya lebih banyak susu dihasilkan.

Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu.

3. Ada orang cakap tak payah puasa?

  • Sedikit perkongsian yang ti nak kongsikan dekat sahabat-sahabat

Di antara rahmat Allah yang agung kepada hamba-hamba-Nya yang lemah, Allah memberi rukhshah kepada mereka untuk berbuka, dan di antara mereka adalah wanita yang hamil dan menyusukan anak.
  • Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu (iaitu al-Ka’bi, bukan Anas bin Malik al-Anshari, pembantu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tapi ini adalah seorang pemuda dari Bani Abdillah bin Ka’ab, dan dia pernah tinggal di Bashrah, beliau hanya meriwayatkan hadis ini sahaja dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam): “Kuda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mendatangi kami, aku pun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan aku temui dia sedang makan. Beliau bersabda: “Mendekatlah ke sini dan makanlah”, Aku berkata, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”, Maka beliau bersabda, “Mendekatlah ke sini, aku akan membeitahumu berkenaan dengan puasa. Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajiban berpuasa. Demi Allah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengucapkan keduanya atau salah satu dari keduanya. Aku pun benar-benar menyesal kerana tidak memakan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (715), an-Nasa’i (4/180), Abu Dawud (3408), Ibnu Majah (16687). Sanadnya hasan sebagimana pernyataan at-Tirmidzi)
    Sumber : Akh. Nawawi Subandi, http://fiqh-sunnah.blogspot.com
  • Pertama ialah dehidrasi. Antara komplikasi utama yang membolehkan wanita menyusukan anak berbuka puasa adalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda-tanda yang puan nyatakan seperti tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk adalah berpunca dari dehidrasi. Apabila terdapat gejala sebegini, maka dibenarkan berbuka.
    Kekurangan susu pula adalah akibat dari dehidrasi yang teruk. Namun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan puasa di bulan Ramadhan tidak membawa kepada dehidrasi kepada ibu yang menyusukan anak. Kecuali apabila si ibu kurang menitik beratkan amalan sahur dan tidak meminum air yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa.
  • Memang betul k…kita diberi kelonggaran untuk berbuka…Tetapi jika kita usaha semua cara,semua makanan dah kita makan..semua tips dah kita usaha…tapi tetap tak berjaya…
Yang rasa nak usaha dulu sebelum berbuka…boleh contact ti k..whatsapp lagi bolehla…
Semoga bermanfaat yer mommies


6 Comments

  1. nur anis

    August 21, 2015 at 12:38 am

    agak mencabar bagi ibu menyusu berpuasa..

  2. QasehnyaRania

    August 21, 2015 at 12:38 am

    betul tu.
    suka entry ni.
    nice sharing

    alhamdulillah semoga mommy yg bf baby dipermudahkan hendakNya aamiin

  3. Puteri Kenari

    August 21, 2015 at 12:38 am

    oo…patutlah saya hairan kenapa saya puasa semasa mengandung atau menyusu langsung tak ada masalah.Saya memang mengamalkan sahur dan memastikan air yang cukup saya ambil setiap hari.

  4. Siti Natrah

    August 21, 2015 at 12:39 am

    maaf kak baru sempat nak balas…bagus akak ni…bila air cukup badan kita pun segar jerkan rasa

  5. Siti Natrah

    August 21, 2015 at 12:40 am

    Terima kasih kak singgah kat rumah ti ni..maaf baru boleh balas…mencabar gak tapi alhamdulillah boleh penuh..syukur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *