10 golongan yang Rugi dibulan Ramadhan

10 GOLONGAN YANG RUGI DI BULAN RAMADHAN

أن شهر رمضان هو شهر الهدى والمغفرة والرحمة لأقوام, فهو شهر الحسرة والخسران على آخرين, قال النبي صلى الله عليه وسلم: «رغم أنف امرئ دخل عليه رمضان, ثم انسلخ قبل أن يغفر له » [رواه الترمذي وصححه الألباني].

Bulan Ramadhan menjadi bulan hidayah dan bulan rahmat dan keampunan bagi sekelompok manusia, juga menjadi bulan penyesalan dan bulan kerugian kepada sekelompok manusia yang lain. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Kerugian yang besar, apabila seseorang itu memasuki Ramadhan, kemudian Ramadhan itu berlalu tetapi dosanya tidak diampun oleh Allah SWT” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan disahihkan oleh Al-Albani)
1- الذين لا يصومون إيماناً واحتساباً, بل يصومون رياءً أو عادة, والنبي صلى الله عليه وسلم يقول: « من صام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه » [متفق عليه] دل مفهوم المخالفة أن من لم يصمه إيماناً واحتساباً لم يغفر له ما تقدم من ذنبه, وإذا لم يغفر للمرء في رمضان فمتى يغفر له؟
Golongan Pertama:

Iaitu mereka yang tidak melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ikhlas kepada Allah, sebaliknya berpuasa dengan perasaan riak dan puasa adat sahaja, sedangkan Nabi bersabda, sesiapa yg berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, akan diampunkan dosanya yang telah lalu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).Mafhum mukhalafah (kefahaman secara terbalik) dari hadis ini ialah sesiapa yang tidak berpuasa maka tidak akan diampunkan dosanya. Jika dosanya tidak diampun pada bulan Ramadhan, bilakah lagi akan diampunkandosanya?

2- الذين يتركون قيام لياليه كسلاً وتثاقلاً عن الطاعات, لا نصيب لهم كذلك من مغفرة ذنوبهم في رمضان.
Golongan Kedua:

Mereka yang tidak beribadah pada malamnya (dengan solat tarawih dll) kerana bermalas-malasan dan sengaja memberatkan diri dari melakukan ketaatan, maka tiada habuan keampunan dosa bagi mereka di bulan Ramadhan

3- الذين يداومون على مساوئ الأخلاق, ولا يردعهم صيامهم عن ارتكاب المحرمات, والنبي صلى الله عليه وسلم يقول: « من لم يدع قول الزور والعمل به والجهل, فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه » [رواه البخاري].

Golongan Ketiga:

Mereka yang berterusan mengamalkan akhlak yang buruk di mana puasanya tidak sedikit pun menghalangnya dari berkelakuan buruk itu dan dari melakukan perkara haram, sedangkan Nabi bersabda, sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni puasanya tidak diterima). Hadis RiwayatBukhari.

4- الذين يبددون أوقات هذا الشهر الشريفة في النوم والغفلة ومتابعة القنوات والاستماع إلى الأغنيات ومشاهدة ما يغضب رب الأرض والسماوات والنبي صلى الله عليه وسلم يقول: « رب صائم حظه من الصيام الجوع والعطش » [رواه أحمد وابن ماجة وصححه السيوطي].
Golongan Keempat:

Mereka yang banyak menghabiskan masa dan saat-saat keemasan di bulan Ramadhan dengan tidur, lalai dengan menonton TV, mendengar lagu dan nyanyian, menonton cerita-cerita yang dimurkai Allah, sedangkan Nabi bersabda, boleh jadi orang yang berpuasa hanya mendapat lapardandahaga.

5- الذين يضيعون الصلوات, ويهجرون المساجد في الجمع والجماعات, والله تعالى يقول: {فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا } [سورة مريم: 59].
Golongan Kelima:

Mereka yang mensia-siakan solat 5 waktu, tidak berkunjung ke masjid dan surau  bersama para jemaah, sedangkan Allah berfirman, maka datanglah sesudah mereka pengganti yang mensia-siakan solat dan menurut hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan

6- الذين يفسدون صيامهم عامدين بالمفسدات الحسية الجماع والأكل والشرب والاستمناء, أو المفسدات المعنوية كالكذب والغيبة والنميمة والحسد والسخرية والاستهزاء والفحش والتبرج وغير ذلك.
Golongan Keenam:

Mereka yang merosakkan puasa mereka dengan sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti bersetubuh, makan dan minum, mengeluarkan mani dengan sengaja, mengadu domba, mengumpat, hasad dengki, mengejek-ngejek dan mempermainkan orang lain, menyebut kata-kata kotor, berhias (bersolek) dan sebagainya 

7- الذين يسافرون خارج البلاد سواء في أو الشهر أو في أوسطه, ليعصوا الله في هذه البلاد بحرية, ولو علم هؤلاء مصلحتهم لظلوا في بلاد الإسلام يصومون ويصلون, ويغتنمون أيام وليالي هذا الشهر الكريم.
Golongan Ketujuh:

Mereka yang berkunjung ke luar negara (ke tempat-tempat maksiat) samada di awal bulan Ramadhan atau dipertengahannya supaya dapat melakukan dosa dan maksiat dengan bebas, sedangkan mereka tahu jika mereka berada di tempat mereka, mereka dapat menunaikan solat dan berpuasa serta merebut hari-hari dan malam-malam Ramadhan dengan beribadah

8- الذين يجتهدون في أول الشهر, وينوون التوبة والاستقامة, ثم ما تلبث هممهم أن تفتر, فينقلبون على أعقابهم, ويعودون أدراجهم, ويستأنفون حياة العبث والضياع.
Golongan Kelapan:

Mereka yang hanya bersungguh-sungguh dalam beribadah di awal Ramadhan serta berazam untuk bertaubat dan beristiqamah dalam beribadah, tetapi bertukar sebaliknya dengan menjalani kehidupan yang sia-sia dan melalaikan

9- الذين يهجرون كتاب ربهم في رمضان, فلا يقرؤونه ولا يتدبرونه, ولا يتدارسونه, والله تعالى يقول: {أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا} [سورة محمد: 24].
Golongan Kesembilan:

Mereka yang meninggalkan Al-Quran di bulan Ramadhan di mana Al-Quran tidak dibaca dan ditadabbur maknanya, tidak bertadarus Al-Quran, sedangkan Allah berfirman: Mengapa kamu tidak memerhatikan makna Al-Quran, ataukah di atas hati kamu ada tutupan

الذين يبخلون بأموالهم أن ينفقونها في سبيل الله فلا يطعمون جائعاً ولا يفطرون صائماً ولا يكسون عارياً ولا يشاركون-10 في أي عمل من أعمال البر قال تعالى: {هَاأَنتُمْ هَؤُلَاء تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنتُمُ الْفُقَرَاء} [سورة محمد: 38] .

وقال صلى الله عليه وسلم: « ما أتى على المسلمين شهر خير لهم من رمضان, ولا أتى على المنافقين شهر شر لهم من رمضان, وذلك لما يعد المؤمنون فيه من القوة للعبادة, وما يعد فيه المنافقون من غفلات الناس وعوراتهم, هو غُنم للمؤمن, ونقمة للفاجر» [رواه أحمد وصححه احمد شاكر].

Golongan Kesepuluh:

Mereka yang bakhil dengan harta yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka dan tidak menafkahkannya ke jalan Allah dengan memberi makan orang yang lapar, tidak memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa dan tidak memberi pakaian kepada orang yang tiada pakaian serta tidak menyertai kerja-kerja berbentuk amal kebajikan. Sabda Nabi SAW, tiadalah datang kepada umat Islam satu bulan yang lebih baik dari Ramadhan dan tiadalah datang kepada orang munafik bulan yang lebih buruk selain dari Ramadhan, kerana di bulan Ramadhan umat Islam menyediakan sepenuh tenaga untuk beribadah, sementara orang munafik menyediakan sepenuh tenaga untuk melalaikan manusia, ia (Ramadhan) adalah keuntungan kepada orang Mukmin dan kecelakaan kepada orang yang fasiq

C&p di group whatsapp
#peringatan buat kita semua…Insya Allah…
semoga kita tidak tergolong dalam golongm yg rugi ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *