Ragam first Time sekolah

Assalamualaikum….waaaa lamanya bersarang…ada labah labah lagi dah…tak sempat nk update blog…

Sekarang ni anak ti dah sekolah…lagilah terasa sangat tak cukup masa…

Pagi-pagi lagi dah fikir macamana nak kejutkan aiman pergi sekolah…YA ALLAH boleh tahan gak mencabar gerak anak bangun tidur ni kan…Dari cara lembut tak jalan…sampai rasa nk makan-makan ja dia..hahaha…


Ni gambar semalam…punyalah susah nk bangun…semua dah keluar…tak mau kawan umi lah..tak mau g sekolah lah…punya mengantuk dia…malam tu dia p tido kul 2:00 pagi…ha nak bangun susahla kan..

Aiman sekolah masuk jam 8 habis kul 12. 00 tengahari…Lepas antar dia sekolah…balik rumah buat kerja rumah lak..macam sekejap jer 4 jam tu..last-last dah kul 12:00… kecoh lak nak g ambik dia…hahaha…mujur dekat ja..


Kul 2:15 g hantar dia kelas iqra lak…bukan kat rumah tak boleh ajar…tapi dengan ti dia main-main…tak dengar arahan…tup tup senang suruh ustazlah yg ajar..tapi kena ada syarat lak….aduiii


“umi masuklah,jangan duduk dalam kereta”… aiman punya kerja..umi ni satu hal lak…kena tengok dia baca iqra…setengah jam gak…huhu…pengorbanan kan…tapi best gak tengok diorang ni dah makin membesar..

Tak mau bagi diorang tido lambat punya pasal..setiap petang kenalah bawak g playground lak…huhuhu…aktiviti umi memang pack betul lah…

daaaa habis…huhuhu…aktiviti ni ja setiap hari…hari ni last…lega skit rasa…esok dah cuti jumaat sabtu…pantai timur kan…

3 Comments

  1. Mummydearie

    January 20, 2015 at 8:16 am

    Masa anak kecil lagi kita rasa macam penuh je rutin seorang emak. Bila anak dah bersekolah rupanya lagi packed routine harian, ya tak? Anak saya yang sulung tu pun suka tidur lewat. Tahun ni kena sesi pagi pulak. Ingatkan susah nak bangun tapi alhamdulillah, sekali tepuk manja je dia dah terjaga terus masuk bilik air. Senang hati Mommy nih 🙂

  2. Siti Natrah

    January 20, 2015 at 8:23 am

    memng packed sangat kak…sampaikan nk makan tu terkejar-kejar..huhuhutapi happy tengok diorang dah besar rupanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *