Atasi Jeluak pada baby

hye mommies-mommies Hebat…huhuhi….lupa nk bg salam dulu…Assalamualaikum…

Macamana hari ni sihat tak? hari ni pepagi lagi tau…ti dapat private mesej tanya masalah anak dia ni kerap sangat jeluak…kadang-kadang tu kesian tau..lepas minum keluar balik…

Banyak tau sebab kenapa baby ni jeluak

antaranya…
1- baby hisap terlalu banyak dari perut dia perlukan
2- susu ibu terlalu laju
3- injak percernaan baby belum matang lagi…
4- masalah usus dia.

So ibu- ibu kenalah kenal pasti yang mana penyebab anak kita kerap jeluak ni…Kalau berkait dengan usus…mesti kita boleh nampak beza

1- perut baby ni buncit dari biasa
2- baby bila nk berak sembelit skit
3- najis baby ada darah..

kalo ada gejala ni…mommies kenalah g buat checkup kat doktor k…check usus anak kita…tapi kita doalah xde apa-apa kan…in sya Allah…

Sebenarnya jeluak ni normal…tapi kalo kerap tu kurang normal…

Kita boleh amalkan beberapa cara yang boleh bantu baby kurangkan jeluak or muntah susu ni…

1- pertama lepas menyusu…pastikan kita tinggikan kepala baby dari perut…ataupun mengiringkan baby lepas menyusu…mengiring ni semasa dia terjagalah..kallo dia tido awas ya takut tersedak

gambar ni lebih kurang tinggikan kepala dari perut..

2- Jangan tekan perut dia semasa menyusu…kalau baby kita masih pakai barut…longgarkan…baju dan seluar pun kena longgar gak..

3- kalau baby meragam gak..jangan dipaksa tau…cuba buat skin to skin dahulu…buang semua baju dan seluar..tinggal pamper sahaja…bagi kulit bby sentuh dengan kulit kita..

4- kita boleh menyusu baby kita dalam posisi berdiri…ataupun menegak…nak senang kita menyusu sambil pakai baby wearing…

5- Mommies kena allert lah apa yg mommies makan dan minum yang boleh buatkan perut anak kita kembung…contohnya cafein…so kalo boleh elakkan ya…dan susu lembu…kalau kita ada minum susu berasaskan lembu…ada perut baby yang alah pada protein yang ada pada susu lembu…contoh laktosa..

6- Pump dulu susu awal sebelum kita bagi kat anak kita..susu awal ni biasa kaya dengan laktosa…penapaian laktosa yg tinggi dalam perut akan menyebabkan banyak gas…so boleh menyebabkan perut anak kita kembung..Jangan bimbng…bila kita pump susu awal ni…anak kita akan dapat lemak lebih dari susu kita..

7- Pelekapan mulut baby yang betul juga amat penting…pelekapan yang salah menyebabkan baby sedup angin yg banyak dari luar..

8- kerapkanlah urut baby kita tu…urutan ni bukn setakat menenangkan tapi boleh membantu dalam penghadaman dia..

Ok ni jer sedikit amalan yang ti nak kongsikan…kalau mommies ada lagi petua dan amalan bolehlah kongsikan ya…

2 Comments

  1. nur anis

    January 11, 2015 at 8:06 am

    Thanks kak..saya baru anak first ni..kerap jeluak..saya tengok sebab dia menyusu laju sangat dan banyak…baru sebulan dah minum 4oz – 5oz sekali minum..

  2. Siti Natrah

    March 23, 2015 at 7:11 am

    thanks anis..sudi baca artikel akak ni…happy breastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *