Cara cairkan susu EBM

Assalamualaikum…hyee apa khabar? korang sihat-sihat jerkan…Malam ni ti nak share sikit cara cairkan susu perahan EBM ni…sebabnya ramai yang tanya ti macamna nak cairkan…

First…susu yang nak dicairkan tu korang bawak kuar siap-siap…Budgetlah kan bila masa anak kita nk hisap susu tu…dalam sejam tu dah keluarkan dari Peti atas tu bawak turun ker chiller…

Cara kedua..
Alirkan dulu botol/storage beg tu bawah air paip…buatlah dalam 5-10 min pun…ok ja k..

Cara ketiga
Campurkan 1 gelas air panas dengan 1/2 air paip…air sejuk biasalah…so air ni akan suam kan…jangan air panas sangat…karang mati semua nutrient dalam susu kita tu…sayangkan…JANGAN DIDIH kan ataupun letak dalam microwave lak….NO NO NO…

Cara Ke Empat…
Lepas dah cair…masukkan dalam botol…GOYANG sikit-sikit jer tau…jangan GONCANG lak…habis kat musnah nutrient dalam tu…sayang lagi kan…jangan buat silap k mommies HEBAT…

Sebelum bagi kat baby tu titiklah dulu kat tangan kita tu…kalo panas janganlah pergi sumbat kat mulut dia..habis melecur lidah baby kita lak…kesian tau…huhuhu

Susu yang dah disuamkan…TOLONGLAH ya habiskan dalam masa SEJAM…Bila dah kena air liur baby lah…kalo baby lum hisap tu leh tahan sampai 4 jam…

clear tak uoolss?? yang mana tak jelas tu…uoolss boleh direct whatsapp or tel ti k…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *