Salam Maalhijrah 1436H

Sedikit Tazkirah
Utk perkongsian:
Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat…”
ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba’ : 9)
Ketika kita mengeluh:

“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku…”
ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa…”
ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra’d : 28)

Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia-sia…”
ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
“Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

Ketika kita mengeluh:
“ tak dak sorang pun yg nak tolong aku…”
ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60)

Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat…”
ALLAH menjawab:
ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (At Taubah : 40)
Jgn byk mengeluh . Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa…

Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^
‪#‎selamat‬ akhir tahun hijrah
‪#‎jom‬ banyakkan selawat dan istighfar
‪#‎ikan‬ haruan dan ayam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *