Kaedah & Teknik Pam susu ibu

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar ibu-ibu hebat semua ni?kalau uollss bukan ibu hebat..uolls takkan buka entry ni..Betul tak saya kata..

SEBABNYA

Takkan sanggup pump susu bagi kat anak walaupun bekerja

Takkan sanggup bangun setiap malam buat power Pumping

Takkan tanya kat orang yang berpengalaman macamna nak dapatkan stok yang banyak..betul tak?

Takkan beli set pump hanya nak bagi anak kita susu terbaik iaitu susu ibu…kalau buat sambil lewa ja baik bagi susu cap lembu..betul tak?

Takkan dengar cakap orang…”bagilah susu formula senang ko nak g kerja” Pernah tak orang cakap macam ni..lagi-lagi mak kita yang tak faham lagi erti menyusu yang sebenarnya…

TAHNIAH….UOLLLSS memang ibu-ibu yang hebat…kat sini ti nak kongsikan beberapa cara mengunakan pump untuk simpan stok EBM k..

KAEDAH @ TEKNIK PERTAMA
 MARMET
Marmet adalah cara menggunakan tangan
Langkah Pertama

Buat pegangan “C” dengan meletak ibu jari di bahagian atas (lebih kurang 1cm dari aerola atau kawasan gelap) dan 2-3 jari lagi mengampu bahagian bawah payudara anda.
Langkah Kedua

Kemudian, tolak jari serentak ke arah dada secara lembut dan picit ibu jari serta 2-3 jari yg lain di bahagian aerola untuk mengeluarkan susu. 


 
Langkah Ketiga

Lepaskan dan ulang semula gerakan tadi dengan pergerakan picit-lepas, picit-lepas.
 

Langkah Keempat

Tadah susu ke dalam bekas bersih yg telah disediakan tadi. Ulang semula gerakan tadi mengikut bulatan di sekeliling aerola supaya semua saluran susu yg berlainan dapat diperah.
 

 
Langkah Kelima
Buat perahan sehingga payudara benar-benar kosong dan beralih ke payudara yg sebelah lagi.

Mudah bukan? Dengan hanya 5 langkah, anda sudah boleh menyimpan stok susu buat si manja anda. Teknik Marmet bukanlah sesusah yg disangka. Dengan tekad dan semangat anda pasti boleh melakukannya.

 
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA TEKNIK MARMET

Picit puting kerana ia boleh menyebabkan lebam.Tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu.Tekan dan gesel payudara dengan kuat kerana boleh melecet.


 
 
Kaedah kedua adalah TANDEM PUMPING

Dimana kaedah ini adalah kaedah mencuri masa…kaedah ini dibuat semasa anak sedang menghisap sebelah,dan sebelah lagi kita ambik kesempatan untuk pump

Tandem pumping ni bila anda direct feed baby dan pump breast lagi sebelah. Dengan cara ini juga anda akan lebih cepat mengalami let down kerana hisapan baby secara automatik akan merangsang penghasilan susu di kedua-dua belah breast. Bagus untuk diamalkan semenjak dalam pantang.

 KAEDAH KETIGA ADALAH POWER PUMPING

Teknik power pumping adalah satu teknik dimana kita meniru keadaan seolah-olah anak kita sedang mengalami growth spurt.
During a growth spurt, breastfed babies nurse more often than usual (sometimes as often as every hour) and often act fussier than usual.
Maknanya  baby kita menyusu lebih kerap dan lebih lama dari biasa..
Mengikut konsep supply & Demand…lebih kerap anak menyusu lebih banyak susu yang akan dihasilkan..
 

Bagi yang menggunakan single pump..pump sebelah kanan selama 10 minit dan tukar ke sebelah kiri selama 10 minit..

Yang menggunakan Double pump,Pump serentak kedua-dua payudara selama 10 minit dan rehat selama 10 minit..Lakukan selama sejam…PASTIKAN minum air masak yang banyak semasa rehat..

Sebaiknya lakukan sekali sehari selama 3-4 hari ataupun seminggu,mengikut penerimaan badan setiap orang.

Waktu yang sesuai adalah waktu dimana hormon prolaktin tinggi antara tengah malam dan subuh..antara jam 12.00am sehingga 7.00am.

 

                       PERKARA YANG PERLU DIAMBIK KIRA SEMASA MENGEPAM

Pastikan ibu betul-betul dalam keadaan tenang

Untuk dapatkan mood yang tenang bolehla dengar lagu yang tenang,ataupun lihat gambar anak yang sedang menyusu ataupun bayangkan wajah anak kita

Teruskan pump walaupun hanya keluar angin sahaja..ataupun setitik dua..

Lakukan selama 3-4 hari ataupun sebulan untuk dapatkan hasil yang betul-betul lumayan.

Bagi yang beragama ISLAM…semasa mengepam amalkan zikir Ya-matin dan sebelum tu bacakan doa( buka sini)

Terima kasih yang sudi membaca…Yang ada masalah yang berlarutan walaupun sudah melakukan semuanya…feel free to cantact ti k…kita cari dimana silapnya k…

013.972.1859 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *