Nasi Lemak Istimewa

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni ti rasa nak kongsi nasi lemak istimewa tilah..huhuhu..nasi lemak pun nak kongsi gakkan..takde menu lain dah ke nk kongsi..nasi arab ker,nasi yang class sikitkan..huhuhu..

Menu ni ti rasa lain sikitlah kut..maybe ramai gak kut yang dah buat..takpalah ti tujukan menu ini untuk sesiapa yang baru nak belajar duk kat dapur tu..semoga sangat bermanfaat okehhh..

Ni nasi lemak husband ti kata paling best..tak taulah kalo saje jer kan dia kata..huhuhu..

BAHAN-BAHAN nya..
Ni untuk nasi okey…

  • Beras yang dah di toskan
  • Bawang besar sebiji dipotong 4
  • Halia dalm 1 inci dipotong-potong ikut suka
  • Daun pandan
  • Sedikit marjerin
  • Santan

cara-caranya..

  • Letak kesemuanya dalam periuk yang nak ditanak nasi ni….beras yang dah di toskan,letak santan sucukupnya.sukatan santan sama macam nak tanak nasi putih tu jerlah k..
  • Letak bawang yang dipotong 4,halia yang diracik,daun pandan ,marjerin sikit,garam secukupnya dan letak gula sikit okey..jangan banyak sgt nnti manis lak nasi lemak korang..gula letak hujung sudu jer..

  • Fungsi marjerin nak bagi nasi lemak kita berkrim dan nampak berminyak sikit..baru best..
  • ok tanak macam biasa jerlah..
  • dan ti suka letak kunyit sikit..nasi lemak warna kuninglah..husband ti ni memang suka warna kuning..so ti letak jerlah tak salah pun..ada warna sikit..huhuhu
  • Ini dia rupanya nasi lemak ti tu..

Ni lak BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL LAK..

  • Ikan kukus..ikan tongkol k..cara kukus ikan tongkol ni letak ikan campur air sikit jer tau..jgn bagi tenggelam ikan lak..kalo tenggelam bukan nama kukus k..tu nk masak terus..campur asam keping 2 keping dan garam kasar sikit..jangan bnyak sgt garam tu..masin lak ikan tu nnti okey..
nilah rupanya ikan kukus ikan tongkol k..
  • Cara-cara buat sambal lak..
  1. Letak minyak secukupnya
  2. Tumis daun pandan dulu first k..
  3. masukkan cili boh secukupnya..masak biar naik minyak..tau ke tak naik minyak tu apa?
  4. Baru masukkan bawang besar+ bawang putih yang di blendr tu..bawang banyak takpa..nak bagi kuah pekat k.
  5. Nampak bawang dan lada dah garing gitu masukkan gula melaka secukupnya..ti panggil manisan..korang tak taulah panggil apa..letak manisan best sikit rasa dia daripada gula tau..cubalah dalam masakkan yang guna gula tu letak manisan seperti gulai ikan..
  6. Dah gula melaka hancur tu masukkan air rebusan ikan tadi tu yang ada garam dan asam keping..so nanti kuah tu jangan letak garam lak masin okey..rasa dululah..masa kukus ikan tu gram sikit jer letak..boleh la letak garam sikit lagi dalm kuah nnti ni..
  7. masukkan ikan tongkol tu dan bilis sikit k..lagi best..
  8. Dah bagi sambal ni pekat..perasakan okey..sambal nasi lemak nk manis sikit okey..
  9. Dah siap dah boleh makan..
  10. Hiasan bolehla goreng telur dan hiris timun batang,celur kankung dan boleh gak goreng kacang tanah..marvelousss…

SELAMAT MENCUBA YOU ALLLL…

sumber : dapur ummi adeeb cot.cet.

4 Comments

  1. watieKB

    September 7, 2014 at 9:29 am

    tiba-tiba rasa nak makan nasi lemak

  2. Ana Jingga

    September 11, 2014 at 1:23 am

    unik pula resepi nasi lemak versi siti ni,singgah sini jengok siti di petang Rabu ni.. 🙂

  3. Siti Natrah

    September 11, 2014 at 1:25 am

    huhuhu..unik ke kak..cuba lah try..ti pun kutip dari resepi orang lain gak..pastu tambah tu tambah ni jadilah macam ni..huhuhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *