Banyakkan Susu ibu or Kurangkan susu ibu..

Bunga Melur untuk Menambah Air Susu Ibu, Daunnya untuk Menghentikan

 Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. – melur.com
Kacang Tanah Menambah Susu Ibu

 

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. – Sumber: henna96.wordpress.com

Nota: bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.
Makanan Tinggi CLA Memperkayakan Kandungan Susu Ibu

 

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput – bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

Sumber: [1] Foods High In Conjugated Linoleic Acids Can Enrich Breast Milk, ScienceDaily 28/08/208, [2] Conjugated linoleic acid – Wikipedia, the free encyclopedia
Halba dan Jintan Hitam untuk Menambahkan Susu Badan

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

Lobak Putih Bagus untuk Ibu Menyusu

 

Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. – soupqueen.blogspot.com

Air Longan Menambahkan Susu Badan

Ramai ibu menyusu memberikan testimoni yang positif tentang kesan air longan kering dalam menambahkan susu badan. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

Pucuk Betik Untuk Tambah Susu Badan

 
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. – Fatan Hamamah, Potensi Tumbuh-tumbuhan Sebagai Ubat-ubatan dan gemini26576.tripod.com, gambar:rimbundahan.com

Menambah Susu Badan dengan Tuaman Daun Sirih

 

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak. – gemini26576.tripod.com

Cekur Manis Banyakkan Susu Ibu

 
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. – Portal herba melur.com

Jantung Pisang Menambahkan Susu Badan

 
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api. 

Banyak Makan Sayur Jika Anda Menyusu

 
Kali pertama diperkenalkan buah pic, bayi yang menyusu badan makan buah pic lebih banyak daripada bayi yang tidak menyusu badan — jika ibunya makan banyak buah pic semasa menyusu.
“Kita tahu rasa-rasa daripada makanan ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui susu badan” – Julie A. Mennella, PhD, biopsychologist di Monell Chemical Senses Center in Philadelphia.
Jadi jika anda mahu bayi anda suka sayur, anda yang menyusu, banyakkan makan sayur. 

Rujukan dari petua-petua BF MOMMY

Semua ni adalah makanan yang boleh menolong badan seseorang dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu..TETAPI setiap badan tidak sama k,ada yang makan carot putih dah menjadi tetapi ada orang langsung tak menjadi..so ibu-ibu mesti cuba setiap satu untuk ketahui sendiri..

MILKBOOSTER adalah penggalak pengeluaran susu ibu…kalau makan sesuatu menyebabkan susu makin kurang namanya MILK KILLER…awas yer ibu-ibu,sebab sedap kita duk amalkan tetapi ia sangat mempengaruhi pengeluaran susu,lebih baik kita elakkan..antaranya

  1.  Kobis mentah contohnya coleslow macam di KFC tu..
  2. Minuman berais
  3. Herbs – Parsli,sage & oregano..

Sini kita boleh ringkaskan,makanan yang SEJUK-SEJUK menyebabkan susu kita down..
 Tetapi ingat yer,pengeluaran susu tetap akan sama jika ibu tidak mengamalkan DEMAND & SUPPLY..dah tau ke belum??

Yang dah rasa semua dah try tapi susu takuk tu gak..ti cadangkan ambil SET MENYUSU dari shaklee..suplement ni membantu ibu-ibu mencukupkan nutrisi dalam badan bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu..in sya ALLAH bagi yang ingin mencukupkan 2 Tahun menyusuan itu…

Yang nak tau lebih lanjut WHATSAPP jer ti k..kat no 0139721859

2 Comments

  1. Unknown

    September 29, 2014 at 6:39 am

    terima kasih atas perkongsian…
    byk kenen blaja untuk tambah susu ni

  2. Siti Natrah

    October 1, 2014 at 4:23 am

    kan hidayu..ti kena banyak lagi gak belajar..lagi setahun nak susu kan adeeb ni..in sya Allah kita insan hebat kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *