Resepi laksa Penang

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini dah 9 hari bulan syawal…nak ke citernyer dari hari yg ke 5 duk cari bunga kantan nak buat laksa bukanmain susah lagi…ada yang kata bukan musim dialah..
Bila ada yang jual mahal lak tu…kat area kuala terengganu sampai 7rm ada sebatang youu…mak aiii…bunga kantan di raja apa tu kan…

Kat area Dungun lak boleh tahan lagi Rm 5.00 sebatang..Tapi tak de gak..habisss daaa..
Semalam baru jumpa kat kedai runcit area Paka..Alhamdulillah dah beberapa hari cari tak jumpa..mujurlh tak mahal mne..cuma rm2.50 jer sebatang…sebab semua bahan laksa dah ada beli gaklh..tak mahal mne pun kan..nak makan mahal pun beli gak lah aiii…

Resepi laksa penang versi tak berapa nak penang dari ummi ti ehh..ummi adeeb ni..

Ikan selayang dalam 8 ekor
Bawang besar 3biji,
Lada kering,
Belacan,
Asam keping 12 keping
Bunga kantan 3 kuntum
Daun Kesum
Laksa 2 kilo

Ulam-ulaman

Timun batang
Kobis ataupun salad
Bawang besar
Lada jarum
Telur

cara-caranya..

  1. Rebus ikan selayang dulu..dah masak asingkan isi ikan dan tulang
  2. Blender isi ikan campur dengan air rebusan ikan tadi
  3. Tulang ikan juga di blender skali bagi hancur..tapiskan..masukkan dalam periuk..
  4. blender Bawang besar,belacan,bunga kantan sekuntum dan lada kering
  5. Masukkan dalam periuk yang sama
  6. Masukkan lagi lebihan bunga kantan dan daun kesum dan asam keping
  7. Perasakan…ti biasa perasakan dengan garam,gula dan serbuk perasa.
  8. Didihkan,,daaaa siap…
  9. Hiris halus-halus ulam-ulam tu…yum yum masam-masam gitu..best…

Daaa…ni jer rupa masa atas dapur..yang dalam magkuk ready nk makan xdan nak snap…nilah ti jamu tetamu hari ini…simple jer kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *