Persiapan Raya…Mahu cari dress menyusulah…

Assalamualaikum w.b.t..tinggal lagi tak sampai seminggu kan nak puasa..amacam persiapan?mesti semuanya dah ready kan?Ti ni plak anak-anak dah ready tapi ummi nya belum settle..ti cari baju menyusu,susah betullah..memanglah banyak baju menyusu tapi banyak tak berkenan dihatilah..huhu..

Nak cari baju menyusu satu hal,lepas ni nak cari tudung lak..Sekarang ni memang susah betul ti nk keluar dengan boy-boy yang bertuah ni…janji tak capati langsung..bila dalam kereta bukan main lagi duk berjanji tak mahu nakal-nakal..tapi bila sampai tempat yang nak tuju tu janji dah terbang ke mana tak tahu..macamanalah nak memilih nak beli apa-apa duk sibuk kejar diorang jer…pening….

Adeeb bagus sebab kecik lagi kut nak berlari macam abang-abang xpandai lagi..tapi semoga adeeb tak nakallah macam abang-abang dia ni..memang tak terkawal..nnti nk pergi shopping lagi kena tinggalkan 2 beradik ni kat siapa jer yang boleh tolong jagakan..huhuhu

Bukan apa ti nak pakai baju menyusu ni,senang..time adeeb nak buka jer zip ataupun butang..tak payang nak selak dari bawah..kalau yang jenis selak dari bawah tu kalau ada rezeki orang lain nampaklah bahagian perut kita ni..tak naklah ti…buat malu jer..cari tudung yang labuh sikit oklah kan ttplah aurat untuk suamiku sahaja ni..hahaha….

oklah cukuplah hari ini..my diari..hahaha..lepas ni nak update baju menyusu yang ti berkenan k…

selamat berpuasa kawan-kawan…dan selamat membuat persiapan raya…

2 Comments

  1. Farah Waheda Wahid

    August 3, 2014 at 10:04 pm

    comelnya mereka bertiga, sedondong gitew…he he he…

  2. Siti Natrah

    August 3, 2014 at 10:07 pm

    comel ker?huhuhu..sekarang ni angah ni nak pakai baju yang sama dengan along..kenalah beli yang sama,alang-alang beli yang sama ke angah adik pun kena beli yang samalah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *