Persiapan ibu menyusu menyambut RAMADHAN…

Assalamualaikum kawan-kawan di alam mayaku..huhuhu..

Tinggal beberapa hari lagi kita nak sambut bulan ramadhan..mesti ramai antara kita yang sedang menyusukan anak risaukan macamnalah kita nak lalui bulan puasa nanti..
Biarpun berpuasa wajib keatas semua umat islam sama ada yang sedang mengandung mahupun yang sedang menyusukan anaknya,tetapi kelonggaran diberi kepada mommies ini berdasarkan keadaan ibu  dan bayi.

Mommies-mommies hebat dapat menjalani aktiviti berpuasa seperti sediakala jika pandai mengatur diet yang seimbang bagi pastikan pengeluaran susu dari badan tidak berkurangan.

Sini sedikit info yang ti ambil dari majalah pa&ma tahun 2012,supaya ia boleh membantu ti sendiri yang sedang menyusukan adeeb dan juga kawan-kawan yang juga sedang mengandung mahupun yang sedang menyusukan..Semoga ia amat membantukan..in sya ALLAH..

PERSEDIAAN PUASA IBU MENYUSU.

Amalan sahur adalah perkara wajib bagi ibu menyusu. HATI_HATI yer,mommies yang tidak suka bersahur harus berjaga-jaga ataupun tolonglah jangan amalkan tidak bersahur..KERANA,mommies kemungkinan akan mengalami gejala HIPOGLISEMIA ( kekurangan gula badan),

  • gejala hipoglisemia seperti berpeluh,terketar-ketar,berdebar-debar,denyutan nadi meningkat,rasa cemas,loya serta muntah,
  • sakit kepala,penglihatan kabur,letih lesu,mengantuk yang amat..

Untuk elakkan terjadinya gejala ini,mommies perlulah berdisiplin mengamalkan panduan berikut bagi mengelakkan kemudaratan kepada diri sendiri mahupun anak.

  • Melewatkan sahur
  • Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan seimbang dan minum cukup air
  • Memerah susu di awal hari
  • Berdoa
  • Bertawakal.

Ibu tetap boleh menyusukan anak selagi tidak mengalami dehidrasi. Untuk elakkan dehidarsi mommies perlulah ambil air yang cukup pada sebelah malam dan pada waktu sahur bagi menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Tanda-tanda dehidrasi

  • Berasa hendak pitam terutama selepas menyusukan ataupun selepas mengepam susu
  • Berasa sakit kepala dan terasa sperti hendak demam
  • Air kencing menjadi pekat dan berbau
  • Terasa loya dan ingin muntah
  • RAsa mengigil
  • Berasa lemah dan sakit otot
  • Mudah marah dan emosi tidak stabil

13 TIPS BERPUASA LENGKAP IBU MENYUSU

  1. Banyakkan minum plain water sekurang-kurangnya 2 liter, bermula dari berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak
  2. Makan buah-buahan,bubur sup dan makanan berkuah dan mengandungi ai. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan gula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.
  3. Ibu menyusu amat di galakkan makan madu setiap hari kerana selain dapat menambahkan stamina ia juga berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Malah ia juga sumbertenaga yang hebat dan semulajadi. Madu juga berfungsi sebagai pelengkap nutrisi dan meningkatkan dan melancarkan pengeluaran susu ibu.
  4. Rehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak
  5. Berbuka puasa dan bersahur dengan menu yang seimbang yang kaya dengan protein,glukos dan cecair
  6. Banyakkan memakan buah kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan juga makanan penambah susu badan ibu
  7. Elakkan memakan makanan berkafein dan bergas
  8. Lebihkan sesi menyusu dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu secara serentak.
  9. Pentingkan diet yang mengandungi protein yang berkualiti daripada ikan,ayam,itik,daging meerah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi daripada susu dan produk tenusu.
  10. Tambah makanan yang berserat ke dalam diet mommies-mommies dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelak kan sembelit

  1. Jika mommies rasa sukar untuk menyediakan diet yang seimbang dalam menu sahur dan berbuka pastikan mommies mengambil suplement vitamin dan mineral yang boleh membantu menambahkan nutrisi yang berkurangan di bulan puasa nanti.(ni bukan ti kata yer..dalam buku ni bagitau)
  2. Jangan berhenti daripada menyusukan dan mengepam bayi kita,kerana lebih banyak susu keluar ataupun lebih kerap payudara dikosongkan maka makin banyak susu yang akan dihasilkan.
  3. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan oleh mommies yang berpuasa tetapi kurang ransangan sama ada menyusu ataupun sesi mengepam.

INFO
Ibu yang menyusukan masih boleh menghasilkan susu yang banyak ketika berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu badan yang akan berkurangan. Ini bukanlah atu masalah tetapi akibatnya bayi akan mudah merasa lapar dengan lebih cepat dan akan meyusu dengan lebih kerap. Boleh diminimakan dengan diet ibu yang mengandungi lemak yang mencukupi semasa sahur dan berbuka.
Tambahkan keju kedalam diet,gunakan mentega atau sebaiknya minum susu atau coklat suam sebelum tido. 

Dalam shaklee selain set asas menyusu yang boleh membantu mommies-momies berpuasa,sini ti nak kenalkan set berpuasa budget bagi ibu menyusu dan seluruh ahli keluarga yang lain.

 

    ESP (ENERGY SOY PROTEIN)

    Kenapa ESP Shaklee? Apa Kebaikan?
    • Bersifat indek glisemik rendah. Ianya akan dihadam secara perlahan-lahan oleh perut. Jadi tenaga juga dilepaskan perlahan-lahan dan konsisten. 
    • Bagi ibu yang susukan anak, ESP membantu menghasilkan susu yang sama kuantiti dan kualiti. Kadar protein yang tinggi akan menghasilkan susu ibu yang baik. Lagipun, protein adalah elemen penting dalam menghasilkan susu ibu.
    • Bagi ibu yang mengandung. Index glisemik rendah ESP, beri kesan ibu kekal bertenaga. Jika terlewat bangun sahur, ambil kurma dan bancur ESP bersama susu. Insyaallah, ibu takkan keletihan teruk di bulan puasa.
    • Untuk penghidap gastrik, sifat alkali ESP membantu seimbangkan asid di dalam perut. Jadi perut takkan berasa pedih. Perut yang terhakis juga dapat dipulihkan, ESP membantu bina sel-sel baru. Jika konsisten pengambilan ESP. Gastrik hilang, dan puasa pun dapat penuh.

    PERFORMANCE DRINK

    • Performance drink adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehidration seperti minuman isotonik.
    • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina
    • Ia bukan milkbooster ataupun minuman penambah susu badan,sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kandungan bendalir dalam badan supaya tidak kekeringan.
    • Ia mengandungi formula karbohidrat unik shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. OPTICARB ialah rangkaian karbohidratyang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah. Dengan itu ia akan mengelakkan daripada terjadi hipoglisemia
    • Ia bukan sahaja untuk ibu menyusu dan mengandung semasa berpuasa tetapi sesuai untuk semua terutamanya yang bekerja di tengah panas. Budak demam pun elok diambil supaya badan diorang tidak terhidrat. 

    Bagi yang berminat dan inginkan dengan segera ,boleh klik disini k..
    Boleh ikut rule ini untuk PESANAN..

     

      Bagi yang inginkan potongan harga sebanyak 20% ataupun
      untuk dapatkan keterangan lanjut mengenai cadangan ini boleh:

      Hubungi saya,
       siti Natrah Che Kamarudin pengedar sah shaklee anda iD no:1080925
       Hubungi saya di No 013-9721859 
       Emel ke natrah4ever@gmail.com atau
       pm ke fb facebook (ctnatrah che kamaruddin)untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.

      Ti COD ke kawasan Dungun,Paka ,Kerteh dan Kuala Terengganu. Juga menggunakan perkhidmatan pos laju ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

      Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.


      * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

          Leave a Reply

          Your email address will not be published. Required fields are marked *