Cara dapatkan Stok EBM bagi surirumah

Assalamualaikum..
hari ni ti rasa nak kongsikan bagaimana nak gunakan cara pump yang betul. Ti surirumah sepenuh masa,so untuk pump tu memang susahlah sikit sebabnya anak sentiasa ada disamping kita..yer ker x?? biasa kalau ibu yang bekerja diorang akan ada jadualkan masa mana nak pump..Biasanya 2-3 jam pump skali..kerana ibu yang bekerja mesti kerap mengepam supaya signal yang dihantar ke otak bahawanya susu kita diperlukan oleh anak kita. Apa jua keadaan konsep demand dan supply amat penting. Jika permintaan tinggi maka banyaklah pengeluaran akan meningkat.

So bagaimana plak ibu yang hanya duk kat umah untuk buat stok EBM ni?? ni menjadi tanda tanya gak kan..ti nak buat stok sebab bulan puasa dah nak dekat ni,kalau bulan puasa nanti ada waktu yang kita rasa letih mesti susu kita down kan.

salah satu yang kita boleh gunakan ialah TANDEM PUMPING.  Tandem pumping ni dimana kita mengepam sambil anak menyusu di sebelah lagi..dua-dua berfungsi..tapi letih gaklah..kalau dalam pantang amat cantik buat macam ni..time ni anak tak pandai nak gerak lagi,tak pandai nak pegang itu pegang ini..kan??? itulah yang ti cuba buat sekarang,sambil adeeb menyusu sambil mengepam..hasilnya memng lumayan.. bila ada ransangan disebelah payudara,payudara satu lagi akan turut teransang..tapi sekarang adeeb dah 8 bulan,dia duk capai je wayar yang ada..aduiii…mommies yang dalam pantang boleh cuba cara ni,menarik dan stok yang banyak akan terhasil.

 nilak kaedahnya Tandem pumping dimana ke dua-duanya berfungsi. Tapi dalam keadaan adeeb yang pandai tarik menarik ni,memng tak sesuailah..bikin geram jer..huhuhu..terima kasih kat blog mamasayangiman yang bagi idea.

 Walau apa pun teknik yang kita gunakan,pergi ke basic untuk mendapat susu yang meriah jangan skip makan yer,masaklah menu yang mengglakkan pengeluaran susu ibu. sebelum ni ti ada kongsikan makanan yang boleh membantu dalam pengeluaran susu ibu..belum baca ker?meh sini baca..
Bagi ibu yang kekurangan susu boleh gunakan cara POWER PUMPING..Sebelum ni ti pun belum pernah tau bab -bab pump ni sebab duk kat rumah jerkan malas nak ambik tau,sekarang anak dah 3 baru nekad nak full bf sampai 2 tahun..In Sya ALLAH. Power pumping ini mengikut pembacaan ti pump sebelah payudara selama 10 minit dan tukarkan ke satu payudara lagi selama 10 minit dan bergilir-gilir sehingga sejam. ini jika guna single pump,kalau guna pump yang double tu boleh pump serentak selama 10 min dan rehat 10 minit,pump sehingga 1 jam gak. thanks kt blog kuasa kasih sayang

ada yang kata jangan lebih dari sejam,sebab ia akan merosakkan kalenjar susu. so yang kata ni mesti ada kajian dan ada bacaan,so kita ikut jerlah kan…

bagi ibu yang memang kurang susu,macamana buat skali pun,bolehla cuba dengan suplement k..kita tawakal hanya ALLAH yang tetapkan semuanya..
selamat berjaya untuk ti dan juga untuk mommies lain gak..

mommies yang menyusu kamu adalah ibu yang HEBAT!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *