Persediaan Penyusuan sejak hamil

Assalamualaikum w.b.t..
Ti ada terbaca satu entri mengenai persoalan yang biasa ibu-ibu ataupun bakal ibu,bakal ibu-ibu selalunya risau apabila baby lahir nanti susu tidak cukup untuk babynya..dan sejak hamil lagi,ada sesetengah ibu dah memikirkan untuk membeli susu formula kerana khuatir baby nya tidak cukup susu dada..
Sebenarnya anak yang dilahirkan,ALLAH telah tetapkan rezeki setiap anak..begitu juga dengan rezeki susu untuk baby yang baru lahir..

so,entri hari ini ti nak kongsikan persediaan penyusuan sejak hamil supaya awal kelahiran baby nanti,pengeluaran susu jamin ada untuk baby kesayangan anda.

1PERSEDIAAN ILMU

  • Kelas penyusuan, ramai beranggapan penyusuan ibu adalah yang semulajadi. Hakikatnya ia perlu di pelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi,dikhuatiri anda akan terkandas ditengah jalan nanti. Jadi ada baiknya anda menghadiri kelas penyususan semasa hamil. Anda boleh menghadiri kelas penyusuan yang diadakan di klinik mahupun hospital yang sering diadakan secara percuma. Sebaik-baiknya hadir ke kelas berkenaan bersama suami.

  • Sertai komuniti , di malaysia terdapat banyak komuniti susu ibu yang bermatlamat menyokong para ibu menyusu agar lebih yakin untuk menyusukan si manja. Sertailah komuniti atau forum penyusuan susu ibu supaya anda mendapat sokongan daripada rakan-rakan lain yang sama-sama menyertainya.  

2PERSEDIAAN FIZIKAL

  • Pemakanan sihat, Apabila anda mengamalkan pemakanan sihat semasa hamil,ia membantu pembentukkan kalenjar-kalenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Lalu memudahkan penghasilan dan pengaliran susu sebaik bayi dilahirkan. Pada masa yang sama,pastikan keperluan kalsium dan protein dalam tubuh mencukupi. Jika ibu-ibu terasa nutrisi seharian tidak mencukupi,ibu-ibu di galakkan mengambil suplement tambahan yang boleh melengkapkan keperluan nutrisi.

  •  Pilihan hospital, pilihlah hospital yang menyokong penyusuan susu ibu dan mesra ibu dan bayi. Sebelum melahirkan, berbincanglah dengan doktor yang memeriksa kehamilan tentang keinginan anda menyusukan bayi sebaik di lahirkan.
  • Peralatan Penyusuan, persediaan peralatan penyusuan susu ibu itu adalah sangat penting dalam memastikan anda dapat menyusukan bayi dengan lancar. Hal ini terutamanya bagi ibu yang bekerjaya. Antaranya breastpum,coli penyusuan,pelapik payudara,bukas simpanan susu ibu,beg pendingin,pek ais,peti sejuk dan lain-lain. Anda sangat di galakkan utk membelibrastpum yang besesuaian dengan suasana tempat keje. Sebaiknya anda disyorkan mencuba dulu sebelum membelinya.

  • Kebersihan puting, bersihkan puting setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencucinya. Namun,elakkan menyapu sabun dikawasan puting. Langkah ini sangat penting terutamanya ditrimester terakhir kerana kolustrum sudah mula terhasil. Jika tidak di bersihkan sebaik-baiknya,ia dikhuatiri tersumbat. Dalam pada itu,anda boleh juga menarik dan mengurut puting perlahan-lahan ataupun menyikat kedua-dua belah payudara menggunakan sikat secara perlahan-lahan.

  •  Kenali payudara, anda perlu mengenali payudara sendiri!!! perkara ini nampak remeh tetapi memberikan impak yang besar. Ia membolehkan anda mengentahui bahawa puting anda jenis tenggelam mahupun normal. Cara pemeriksaannya boleh dilakukan semasa anda mandi. Tekan payudara dengan tapak tangan selama dua minit dan lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, bermakna payudara anda adalah normal. Jika hampir seminit menunggu tapi tiada perubahan maknaya anda mempunyai masalah puting tenggelam. Apabila sudah mengentahui masalah payudara anda,ia memudahkan anda mencari penyelesaian awal agar lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang ada. 

3PERSEDIAAN EMOSI

  • Niat, Dari awal kehamilan lagi,bakal ibu kena pasangkan niat dan berazam untuk menyusukan anak sebaik sahaja dilahirkan. setelah azam di tanam jangan lupa untuk suburkannya dengan ilmu penyusuan melalui pembacaan dan pengalaman ibu-ibu lain. Dengan niat dan azam yang kuat, anda tidak mungkin akan putus asa dan sanggup mengharungi rintangan dan dugaan. AWAS yer..apa yang anda fikirkan itulah yang akan berlaku.

  •   Berdoa, sentiasa berdoa dipermudahkan proses perjalanan penyusuan anak anda. Dia suka mendengar doa hamban-Nya, jadi selalulah dekatkan diri kepada ALLAH SWT. Sesungguhnya Dia MahaPemberi Rezeki yang bakal anak peroleh nanti iaitu susu ibu.

  •  Sokongan, kongsi niat anda untuk menyusukan bayi sepenuhnya bersama suami,ahli keluarga dan rakan-rakan. Nyatakan hasrat anda untuk menyusukan baby anda sehingga 2 tahun..Sokongan yang di perlukan bukanlah setakat mahu menyusukan bayi tetapi lebih daripada itu. Oleh itu banyakkanlah berbincang tentang perancangan yang bakal dilakukan pada masa yang sama,bersama lengkapkan ilmu agar semua sedar dengan peranan masing-masing dalam membantu anda dalam menjayakan penyusuan susu ibu. In sya Allah..


  • Yakin, sentiasa berfikiran positif..itulah yang mesti ditekankan..mesti fikir bahawa anda mampu menyusukan bayi anda sebaik sahaja dilahirkan..Pengeluaran susu ibu adalah berasaskan konsep permintaan dan penawaran. Jadi,susukan bayi sekerap mungkin sebaik sahaja kelahiran. Fahami juga bahawa di awal kelahiran bayi hanya mendapat kolustrum. Selepas itu,susu ibu akan meningkat sedikit demi sedikit mengikut permintaan baby anda. Teruskan kekerapan menyusu dan sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluan anak anda.


Pemakanan yang sihat juga menjamin pengeluaran susu seseorang ibu..Untuk pengeluaran yang mantop ti nak suggestkan SET HAMIL shaklee yang ti amalkan sejak pregnant..kerana dalam set kehamilan shaklee ini melengkapkan nutrisi-nutrisi ibu hamil..dimana ibu-ibu  yang merasai pengambilan makanan seharian tidak mencukupi..

 VITALEA


      Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

B-COMPLEX
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


VITAMIN C

  Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


ESP(ENERGY SOY PROTEIN)

 Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


OSTEMATRIX

Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

BERMINAT & INGIN DAPATKAN DISCOUNT HEBAT??

  Jangan segan silu untuk contact ti k..
Siti berada  di kawasan Dungun,Paka,Kerteh dan Kuala Terengganu
Boleh COD ke kawasan berdekatan dan juga boleh menggunakan perkhidmatan pos laju ke seluruh kawasan malaysia termasuk sabah dan sarawak.
call/watsapp/pm di no 0139721859
email: natrah4ever@gmail.com
https://www.facebook.com/ctnatrah.shaifuddin
Setiap pembelian dari ti akan dapat
* konsultan percuma
* free gift


    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *