Tumis sawi – Menu untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu

Assalamualaikum…
Selamat pagi..time ni jam 6.25 pagi..seperti ibu-ibu yang bekerja yang fully bff kat anak mereka,bangun jer pagi mesti melakukan aktiviti pumping dulu kan..Rugi tau ibu tak buat pumping time subuh macam ni kerana time ni rilex dan hormon protaglandin memng tinggi..

Ti yang duk umah jer kejenya jaga anak dan baby selalu ada bersama juga mempunyai masalah kekurangan susu.Jangan duk ingat ti jual suplement shaklee,susu ti mesti banyak…jangan duk ingat macam tu k..suplement adalah perantaraan dan penggalak pengeluaran susu jer. Bila susu berkurang kita mesti memikirkan bagaimana hendak menambah susu kan..

Sini ti nak sharekan salah satu menu yang boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu..seperti mana entri ti sebelum ni makanan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu termasuklah sawi..

Menu
Tumis sawi bersama bebola ikan

Bahan-bahannya

Ikan selayang/ikan kembung/ikan sardin – 2 ekor
Sawi
Carrot
Kobis bulat
Taugeh
Bawang besar
Bawang putih
Lada Hitam
Air

Cara-caranya
Bawang besar,bawang putih dan lada hitam di tumbuk hingga lumat.
Ikan juga dibuang tulang,di perisi isi sahaja dan di tumbuk..letak sedikit garam halus semasa menumbuk ikan.
ikan di bulatkan di jadikan bebola.
Tumis bawang yang ditumbuk bersama lada hitam
Masukkan air secukupnya,apabila mendidih barulah dimasukkan ikan yang sudah dijadikan bebola. Apabila ikan-ikan tersebut timbul di permukaan air bermaksud ikan tersebut sudah masak.
Masukkan carot dan kobis akhir skali barulah sawi dan taugeh
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika menggunakannya.
Siap.


Nilah hasilnya..Lauk yang cukup khasiat..sesuai untuk ibu yang sedang menyusu dan anak-anak yang perlukan zat harian.

selamat mencuba.

Selama 20 minit pumping ti pagi ni dapatlah 3oz.tapi dengan bantuan adeeb...gambar lupa lak nak ambil..kalut-kalut tadi adeeb duk nak nangis….huhuhu…apabila adeeb menghisap,pengeluaran susu sebelah breast lagi akan meningkat k. So Kalau ibu yang mempunyai baby bersama bolehla pumping time baby menyusu..In Sya Allah dengan bantuan baby susu yang di pam akan banyak..

Hubungi saya,
 siti Natrah Che Kamarudin pengedar sah shaklee anda iD no:1080925
 Hubungi saya di No 013-9721859 atau
 Emel ke natrah4ever@gmail.com atau
 pm ke fb facebook (ctnatrah che kamaruddin)untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.

Ti COD ke kawasan Dungun,Paka ,Kerteh dan Kuala Terengganu. Juga menggunakan perkhidmatan pos laju ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *