Tips tingkatkan kesuburan



Assalamualaikum…semoga sihat- sihat hendaknya… Sebab terlalu ramai customer ti tanya pasal kesuburan…hari ini ti nak kongsikan beberapa tip kesuburan..

PERIKSA TAHAP KESIHATAN

Merancang untuk menimang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga adalah impian setiap pasangan. Kehadiran si comel akan menyerikan dan melengkapi lagi kebahagian yang dikecapi.. Bagaimana mencapai impian memiliki anak yang sihat? Anak yang sihat lahir dari ibu yang juga sihat. Justeru itu memeriksa tahap kesihatan diri sendiri dan pasangan adalah salah satu cara membolehkan anda memiliki anak yang sihat,In Sya Allah.. Mungkin panduan A-Z berikut memberikan anda garis panduan yang penting.

Adakah anda sudah mendapatkan  Suntikan Rubela?tahukah anda jangkitan Rubela boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi dalam kandungan,terutamanya di awal pembentukkan janin. Jika belum dapatkan suntikan pelalian Rubela tapi awas kerana anda perlu menunggu selepas 3 bulan untuk hamil.

Berbahayakah cara kerja anda? Jika kerja anda terdedah pada bahan kimia, plumbum, ubat bius atau sinar-x,ini mungkin mempengaruhi peluang anda untuk hamil  atau mendatangkan risiko pada bayi.

Cuba periksa anda atau pasangan anda memiliki penyakit keturunan. Jika salah seorang anda mempunyai masalah keturunan,rujuklah pada doktor kerana kemungkinan ia boleh diturunkan kepada bayi anda.

Darah anda dapat mengesan paras hormon. Ujian darah yang dilakukan membantu menentukan sama ada
Mengeluarkan benih atau tidak. Antara ujian yang penting menyukat paras hormon darah darah ialah hormon gonadotrofin dan prolaktin.

Elakkan tabiat pemakanan yang kurng sihat kerana ia hanya menyekat peluang untuk hamil.

Fahami tubuh badan sendiri. Jika menghidap penyakit yang memerlukan pengambilan ubat,berbincang dengan doktor sebelum cuba hamil.

Gaya hidup turut memainkan peranan penting dalam menentukan keupayaan anda untuk hamil. Oleh itu pastikan anda memiliki gaya hidup yang sihat.

Hentikan pengambilan pil perancang. Jika hendak hamil seelok-eloknya berhenti selama 3 kitaran haid sebelum cuba untuk hamil.

Indahnya rasa apabila usaha menjaga kesihatan membuahkan hasil yang dinantikan.

Jangan bersikap berserah dan berharap sahaja. Lakukan usaha untuk hamil.

Kekalkan berat badan yang ideal agar tidak menyukarkan impian menimang cahaya mata. 
 Masalah kegemukan menganggu kesuburan lelaki mahupun wanita.
Lelaki juga perlu menjaga kesihatan diri. Sperma berkualiti dihasilkan daripada lelaki yang sihat.

Minuman keras? Jika anda atau pasangan mengamalkannya,lebih baik berhenti kerana kandungan alkohol mempengaruhi kesuburan lelaki dan wanita disamping memudaratkan bayi.

Nikmati hubungan seksual bersama pasangan anda dengan teratur.

Ovum dari kilang ovari sangat pentinh bagi wanita kerana ia merupakan salah satu sudut bagi mengukur kesuburannya.

Pastikan anda memilih waktu terbaik( subur) untuk melakukan hubungan suami isteri.

Query- banyak soalan yang berlegar di minda anda. Bertenang, jangan fikirkan yang bukan- bukan kerana apa yang anda fikirkan itulah yang akan berlaku..AWAs..

Rokok itu membahayakan diri sendiri dan pastinya janin yang bakal anda kandung. Berhenti terus jika mahukan anak yang sihat.

Senaman membantu menjadikan anda sihat dan bertenaga. Badan yang sihat memudahkan anda untuk hamil.

Tenangkan diri, rehatkan minda. Fikiran yang tenang membantu menjayakan kehamilan.

Usia turut memainkan peranan wanita untuk hamil. Wanita hanya boleh hamil untuk jangka masa 36 tahun ( dari 12-48 tahun sahaja).

Wow,kesihatan anda berdua di tahap yang memberansangkan.

Yakinlah dengan kuasa ilahi yang boleh mengurniakan zuriat kepada anda.

Zuriat itu pasti menjadi milik kalian sekiranya tahap kesihatan anda berdua pada tahap yang memuaskan dan tidak bermasalah.

Tahap kesihatan anda akan lebih optimum jika pengambilan vitamin sebagai pelengkap nutrisi seharian. Badan yang cukup nutrisi keberangkalian hamil adalah tinggi
Dengan itu,shaklee ada mengeluarkan Set Kesuburanyang menjadi tarikan ramai pasangan diluar sana yang sedang berusaha untuk hamil..

SET FULL KESUBURAN ISTERI

Vitalea – 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh dan membantu tingkatkan taraf kesihatan tubuh.

B- complex – kehadiran asid folix dan vitamin B6 dan B12 disarankan untuk anemia yang boleh disebabkan masalah kesuburan dan kurangkan risiko kecacatan janin.

Vitamin C – sustained realesed dilepaskan perlahan- lahan dan tahan lama didalam tubuh.
Juga berfungsi anti oksidan yang menjaga kualiti sperma.

Alfalfa – masalah haid tidak teratur,keputihan, senggugut atau sakit pinggng.
Terdapat kacip fatimah bersama untuk membntu dalam hubungan suami isteri dan membantu jika sakit ‘ bersama’.

GLA – hasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti untuk membantu sperma berenang terus ke uterus.
Cecair serviks yang subur akan membantu sperma hiduo dengan lebih lama hingga 5 hari dalam tiup fallopio.

Esp – makanan asas kepada sel, memudahkan proses pensenyawaan dan pelekatan telur.
Rendah lemak dan kolestrol.

UNTUK SI SUAMI

Vitamin E – juga dikenali sebagai vitamin cinta. Meningkatkan kelelakian,tingkatkan reproduksi lelaki dan wanita.

Zink – berfungsi kuatkan sperma,kekalkn jumlah air mani dan kekalkan keinginan seksual yang tinggi..

Hubungi saya,
 siti Natrah Che Kamarudin pengedar sah shaklee anda iD no:1080925
 Hubungi saya di No 013-9721859 atau
 Emel ke natrah4ever@gmail.com atau
 pm ke fb ctnatrah che kamaruddin untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.
Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *