Diabetes Pembunuh Senyap – Komplikasi Berbahaya Semasa Hamil

Assalamualaikum.Sambungan daripada blog yang lepas mengenai komplikasi semasa hamil. Title ke dua yang ingin ti kongsikan adalah diabetes ataupun bahasa pasarnya Kencing manis ketika hamil. Jangan ambil Mudah komplikasi ini kerana ia amat merbahaya.

APA itu diabetes?

  • Diabetes ataupun kencing manis ialah kondisi yang melibatkan peningkatan kadar gula di dalam darah. Keadaan ini terjadi kerana kuantiti insulin di dalam pankreas tidak mencukupi untuk mengawal kandungan gula. Kekurangan insulin menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan untuk di gunakan sebagai sumber tenaga,sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah secara berlebihan.

Siapa yang berisiko mengalami diabetes? 

  • Sesiapa saja boleh mengalami diabetes semasa hamil. Ibu hamil yang sememangnya menghidap diabetes sangat berisiko kandungannya. BAgaimanapun,wanita lain juga boleh menghidapi diabetes walaupun bukan penghidap diabetes sebelumnya. Faktor-faktor yang berkait rapat dengan punca diabetes adalah:
  1. Sejarah keluarga yang menghidapi diabetes
  2. Wanita yang berusia 35tahun ataupun lebih
  3. Berat badan berlebihan sebelum hamil
  4. Ada sejarah diabetes semasa kandungan dahulu
  5. Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar, iaitu lebih dari 4kg
  6. Tidak aktif secara fizikal
  7. Mengambil banyak makanan berkanji ataupun makanan tinggi lemak tepu.

Bagaimana diabetes boleh menjejaskan bayi anda?

  •  Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa hamil cenderung mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran. Jika diabetes tidak di kawal, masalah-masalah seperti berikut mungkin berlaku.
  1. Bayi berisiko mengalami kecacatan atau masalah berkait dengan jantung, buah pinggang dan otak. Sesetengahnya boleh menyebabkan kematian dalam kandungan.
  2. Kedudukan bayi yang tidak stabil ( Breech dan sebagainya)
  3. Bayi terpaksa dilahirkan pra-matang ( sebelum 37minggu)
  4. Berat bayi melebihi 4kg menyukarkan kelahiran
  5. Demam kuning (Jaundise)
  6. Hipoglisemia, iaitu gula dalam darah yang rendah.

Bebas daripada gejala diabetes  

Anda perlu mengawal paras gula dalam darah dengan melakukan perkara seperti berikut:

  • Mengubah cara pemakanan anda. Amalkan diet khusus yang mengikut piramid makanan.
  • Wujudkan rutin senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  • Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah secara harian
  • Kurangkan makanan berkanji ataupun makanan yang mengandungi gula yang tinggi
  • Mengamalkan Suplement/ubatan dan suntikan insulin.

Bagaimana suplement shaklee dapat membantu ibu hamil yang menghidapi diabetes

ESP (Energizing Soy Protein) 
  • ini berasakan soya yang tulin dan non-GMO Soy iaitu tidak diubah genetiknya. Dengan kata lain, ESP adalah dari kacang soya yang tulin. Indeks glisemik yang rendah turut menjadikan ianya sesuai diambil untuk orang yang mempunyai kencing manis. Indeks glisemik ini sebenarnya kadar bagi gula diserap dalam darah. Lebih tinggi indeks glisemik sesuatu makanan, lebih mudah gula ditingkatkan dalam darah dan ianya membahayakan pesakit Diebetes. Oleh itu, ESP adalah salah satu minuman protein yang sangat sesuai untuk penghidap kencing manis. Bukan saja dapat membantu menurunkan berat badan, malah bacaan gula dalam darah mampu dikawal!


B-Complex 
  •  pula menukarkan gula kepada tenaga. Nasi yang dimakan mengandungi karbohidrat yang tinggi. Cadangan jumlah nasi yang diperlukan setiap sajian sebenarnya hanya 1 senduk sederhana. Karbohidrat yang berlebihan ini akan ditukar ke bentuk gula yang akan diserap ke dalam darah. Maka, B-Complex perlu diambil bagi menukarkan gula tadi ke bentuk tenaga yang mana ianya sangat membantu penghidap kencing manis dalam mengawal bacaan gula dalam darah.


Zinc Complex 
  • pula sangat membantu dalam pengeluaran insulin. Di dalam tubuh kita, pankreas mengeluarkan insulin melalui sel beta. Setiap kali kita mengambil makanan, insulin ini akan dikeluarkan bagi menyimpan atau menukarkan glukosa yang diperoleh dari makanan tersebut. Penghidap Diabetes tahap 1 akan mempunyai masalah di Pankreas dan insulin tidak dapat dikeluarkan. Maka, disebabkan ini lah makanan tambahan seperti Zinc Complex dapat membantu mengekalkan fungsi insulin itu. Ianya juga membantu memperbaiki diabetes.


Alhamdulillah.. Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih, Jangan mudah putus asa dalam sesuatu dugaan yang diberikan. Setiap yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kita sendiri. Wallahua’lam


Sumber:

Diabetes.Org 
BERMINAT & INGIN DAPATKAN DISCOUNT HEBAT??

  Jangan segan silu untuk contact ti k..
Siti berada  di kawasan Dungun,Paka,Kerteh dan Kuala Terengganu
Boleh COD ke kawasan berdekatan dan juga boleh menggunakan perkhidmatan pos laju keseluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak.
call/watsapp/pm di no 0139721859
email: natrah4ever@gmail.com
https://www.facebook.com/ctnatrah.shaifuddin
Setiap pembelian dari ti akan dapat
* konsultan percuma
* free gift

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *